Tarikh & Hari | : | 7 April 2019 ( Isnin ) |
Masa | : |
11.00 pagi -12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 3 Orang |
Tujuan |
Memberi panduan kepada pengguna cara untuk mendaftar wifi komuniti pada smartphone masing-masing. |
Aktiviti |
Pengguna diajar setiap langkah untuk mendaftar wifi komuniti secara percuma menggunakan smartphone masing-masing. Sebelum mendaftar, penggunakan diingatkan untuk "OFFkan" data smartphone dan "ON" ikon Wifi Komuniti (WK). Penggunaan wifi komuniti ini adalah secara percuma dalam jarak yeng tertentu dari tiang WK dan tidak terling dengan objek seperti bangunan dan sebagainya. Pengguna boleh manfaatkan kemudahan yang disediakan ini sebaik mungkin. |
Tarikh & Hari | : | 14 April 2019 ( Sabtu ) |
Masa | : |
9.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 181 Orang |
Tujuan |
||||||||||||||||||
Progam Hari Bersama Komuniti 2019 ini menjemput semua komuniti sekitar untuk sama-sama memeriahkan acara pada hari tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet Beris kepada komuniti serta muatturun aplikasi "Dashboard Komuniti" disamping itu dapat mengeratkan lagi hubungan pusat internet dengan pemimpin dan masyarakat setempat. |
||||||||||||||||||
Aktiviti |
||||||||||||||||||
Terdapat pelbagai agensi yang terlibat pada hari tersebut, seperti Klinik Kesihatan Beris Kubur Besar, Klinik Pergigian Beris Kubur Besar, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Mobile), Perpustakaan Desa Kg. Wakaf Zin, Usahawan Asas Tani, Empower Ecer-UMK, Tabika KEMAS dan Mary Kay. Antara perkhidmatan agensi yang disediakan ialah JPJ Mobile ( Pembayaran saman, lesen, cukai jalan, pemeriksaan motorsikal tamat tempoh, semakan senarai hitam dan lain-lain) dan Klinik Kesihatan ( Melakukan saringan kesihatan percuma seperti BMI, tekanan darah, gula dalam darah dan lain-lain ). Manakala aktiviti sepanjang program pula, Latihan Memberus Gigi yang disertai oleh adik-adik pelajar Tabika KEMAS seramai 50 orang dan Demonstrasi pembuatan "Donut Anggun" oleh Usahawan Asas Tani, Kak Norafizah. Para VIP Jemputan terdiri daripada En. Fami bin Zakaria selaku wakil penyelaras Pakatan Harapan Parlimen Bachok, En. Mohd Aziadi bin Hanifah ( wakil TM), En. Mohd Hasnol Johari bin Hassan (wakil MSD), En. Nik Mohamed Jaffar bin Nik Idris (Penggawa Daerah Tanjung Pauh) dan En. Mohd Sabri bin Awang (s/u Penggawa Daerah Tanjung Pauh ). Progarm ini telah dirasmikan oleh En. Fami bin Zakaria selaku wakil penyelaras Pakatan Harapan Parlimen Bachok. Acara yang paling dinantikan ialah cabutan no. bertuah dan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan. Antara pertandingan yang diadakan pada hari tersebut :-
|
||||||||||||||||||
Tarikh & Hari | : | 23 Mac 2019 ( Sabtu ) |
Masa | : |
2.00 petang - 6.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 20 Orang |
Tujuan |
Berkongsi ilmu kecantikan dan kesihatan bersama peserta Bengkel Spa & Make Up. |
Aktiviti |
Peserta yang menghadiri kelas ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Sebelum kelas bermula, sesi perkenalan diantara pengajar dan semua peserta bagi menyesuaikan diri sepanjang perjalanan kelas. Peserta diajar untuk mengenali lapisan kulit, jenis-jenis kulit kerana setiap orang memiliki jenis-jenis kulit yang berbeza bergantung kepada beberapa faktor iaitu kulit semulajadi, produk skincare yang digunakan dan rutin cara penjagaan kulit masing-masing. Salah penggunaan produk skincare akan memberi kesan kepada kulit samada untuk jangka masa panjang atau pendek. Selepas itu, peserta diajar cara membersihkan muka dan mengurut wajah dengan betul iaitu menggunakan 3 jari kecantikan. Selesai membersih, peserta di berikan mask untuk sebelah muka sahaja untuk peserta membuat penilaian sendiri kesan pemakaian mask. 5 asas rutin penjagaan muka iaitu pembersih, mask, toner, pelembap dan foundation / bedak asas. Peserta diajar cara pemilihan foundation yang betul bersesuaian dengan kulit wajah. Peserta juga diberikan peluang untuk memilih sendiri warna gincu yang diminati berpandukan kepada nasihat pengajar. Kelas berlangsung secara santai dan harmoni. |
Tarikh & Hari | : | 18 Mac 2019 ( Isnin ) |
Masa | : |
3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 6 Orang |
Tujuan |
Permohonan Baru SPA8 secara online. |
Aktiviti |
Memberi tunjuk ajar kepada pelajar lepasan SPM & STPM cara untuk membuat permohonan baru SPA8. Pelajar dipantau secara tidak langsung sepanjang permohonan tersebut. Jika pelajar mempunyai masalah atau kekeliruan, pelajar boleh terus bertanya kepada staf yang bertugas. Selain itu, bagi pelajar yang tidak mempunyai email / gmail, pelajar perlu mendaftar email / gmail terlebih dahulu kerana sebarang informasi / maklumat akan disalurkan melalui email / gmail. Pelajar perlu membawa keputusan peperiksaan semasa permohonaan itu. Untuk permohonan jawatan, pelajar boleh memilih mengikut iklan kekosongan jawatan ataupun mengikut minat masing-masing. |
Tarikh & Hari | : | 18 Mac 2019 ( Isnin ) |
Masa | : |
10.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 11 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk ajar kepada para pelajar lepasan SPM & STPM yang ingin membuat permohonan UPU Online 2019. |
Aktiviti |
Para pelajar diajar cara untuk mendaftar bagi permohonan UPU online. Tarikh terakhir untuk permohonan tersebut boleh dibuat sehingga 2 April 2019. Setiap kursus dan IPTA adalah mengikut pilihan pelajar sendiri. Sepanjang proses permohonan tersebut, perlu diwajibkan untuk menyelesaikan soalan kaji selidik. Permohonan atas talian ini boleh dilakukan menggunakan komputer ataupun smartphone. |