Kilang Laksa Beris merupakan sebuah perniagaan perusahaan makanan tradisional yang berasaskan Industri Kecil & Sederhana (IKS). Perniagaan ini diusahakan secara turun temurun dan ideal perniagaan ini tercetus oleh Tok Mek Chu yang ebrasal dari China. Disebabkan Tok Mek Chu berbangsa cina, orang melayu tidak berminat untuk membeli barangan yang dibuat oleh beliau. Perniagaan beliau tidak mendapat keuntungan dan sambutan dari penduduk maka beliau menyerahkan perniagaan beliau kepada sahabat baiknya, Tok Yoh Samad. Tok Yoh Samad telah mengusahakan perniagaan tersebut selama 36 tahun. Alhamdulillah mendapat sambutan dan kini beliau telah pun kembali kerahmatullah. Perniagaan tersebut telah diteruskan oleh generasi beliau turun temurun hingga kini. Perniagaan ini bukan sahaja terkenal di negeri Kelantan, malahan telah keseluruh negeri mendapat sambutan.

Pada 2009, pengusaha Laksa Beris telah membuka sebuah kilang yang besar dan separuh pengoperasian kilang telah menggunakan teknologi moden dalam operasi pemperosesan laksa. Selain Laksa, kilang ini juga menghasilkan Laksam atas permintaan pelanggan beliau. Penjualan dibuat secara runcit, borong dan juga set lengkap (laksa + ulam + kuah + sambal). Laksa yang dihasilkan tahan lama dan tidak mudah basi. Kuah laksa juga lemak menepati selera pelanggan menjadi igauan pelanggan. Resipi turun temurun tetap diamalkan walau sudah bertukar tangan pengusaha. Harga laksa 1kg Rm2.50 dan harga set lengkap (laksa 1kg + kuah +ulam + sambal) Rm12.00 sahaja.

laksa 1kg rm12

Set Lengkap (Laksa 1kg + Kuah + Ulam + Sambal)

     laksa beris

 

BUDU

 

Pn. Hamidah berasal Kampung Hujung Repek, Bachok, Kelantan, ini sudah berkecimpung dalam industri pembuatan budu sejak lebih 18 tahun lalu menggunakan resipi tradisi warisan bapanya Mohd Amin Jenal, 70. Beliau mengusahakan produk tersebut bersama suaminya, En.Mohd Asri Mokhtar, 42.

Untuk menghasilkan makanan unik ini, banyak cabarannya terutamnya mengekalkan mutu rasanya kerana jika tersilap ramuan ia boleh merosakkan keasliannya. Sehubungan itu, bagi menghasilkan budu, ikan bilis yang siap diproses digaul dengan garam, sebelum dimasukkan ke dalam bekas khas secara berperingkat dan diperam antara tiga bulan hingga setahun.

Selepas proses itu, ikan bilis akan dikeluarkan daripada bekas khas untuk dikisar menggunakan mesin khas dan dimasak menggunakan kawah besar untuk dijadikan budu. Biasanya budu akan dimasukkan perasa dan pewarna dibenarkan. Sebelum dibotolkan budu akan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan ia berkualiti tinggi. Hamidah memasak budu menggunakan cara tradisional iaitu dapur kayu bagi mengekalkan rasa budu berkualiti tinggi, kaedah sama yang digunakan sejak dulu.

“Rahsia untuk menghasilkan budu yang berkualiti tinggi adalah terletak pada tempoh ia diperam, cara memasak dan ramuan digunakan. Ramuan perlu menepati timbangan ditetapkan kerana ia akan menentukan rasa dan kualitinya,” katanya.

Bahan untuk menghasilkan budu berkualiti tinggi dan disukai ramai ialah menggunakan ikan bilis usang. Hamidah berkata, syarikatnya mengeluarkan dua jenis budu yang berbeza, iaitu budu rasa asli tidak dicampur dengan perasa serta pewarna serta budu biasa. Bezanya budu asli warnanya agak kehitaman.

Kini, ibu kepada empat ini mampu tersenyum bangga apabila budu keluarannya turut menembusi pasaran Thailand. Budu keluaran syarikatnya yang dikenali sebagai Pati Bilis Sejati dan Selera Kampung Cap Petai itu mendapat sambutan menggalakkan dengan kadar pengeluarannya mencecah sehingga 24,000 botol sebulan.

“Budu ini dengan harga antara RM1 hingga RM1.70 sebotol. Saya bersyukur dengan perusahaan ini, saya mampu menampung kehidupan keluarga dan memenuhi impian untuk memiliki kereta dan idaman. Lebih membanggakan, perusahaan ini sebenarnya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar kampung ini. Sehingga kini kami mempunyai 20 pekerja, semuanya penduduk kampung ini,” katanya.

Kebanyakan pekerja adalah wanita terdiri daripada suri rumah yang ditugaskan di bahagian pembungkusan termasuk mengisi budu yang siap dimasak ke dalam bot sebelum dipasarkan. Beliau mengakui menghadapi masalah mendapatkan bekalan ikan bilis terutama menjelang musim Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh kerana ketika itu nelayan tidak turun ke laut menangkap ikan disebabkan ombak besar dan angin kencang.

Bagi mengatasi masalah bekalan ikan tidak menentu pada musim tengkujuh, beliau terpaksa mengimport ikan bilis segar daripada negara jiran, Thailand.

 

 

 


 

KARIPAP

En Zailani Bin Mohamad berusaha 45 tahun merupakan seorang usahawan Karipap Mini di Kg Lubok Pukol, Banggu iaitu sempadan diantara Daerah Bachok & Kota Bharu. Beliau menjual karipap tersebut di kawasan sekitar dan juga memasarkan melalui kedai-kedai runcit sekitar Bachok dan Kota Bharu. Beliau juga biasanya menjaja karipap mini beliau dikawasan-kawasan tumpuan orang ramai dan juga premis-premis kerajaan seperti klinik kesihatan, pejabat pos, bank dan lain-lain tempat. 

Melalui pergaulan dengan beberapa rakan-rakan yang memasarkan produk dan barangan melalui online, tergerak hati beliau ingin mencuba memasarkan produk karipapnya secara online. Kebetulan beliau terpandang Pusat Internet 1Malaysia yang ketika itu sedang direnovate di tempat yang baru. Setelah Pi1M tersebut siap beliau cuba menggunakan kemudahan internet di Pi1M tersebut.

semasa menggunakan internet, beliau menghadapi masalah bagaimana cara untuk memasarkan produknya secara online. Oleh itu, beliau telah mendapatkan bantuan petugasa Pi1M bagi memberi tunjuk ajar serta cara-cara untuk memasarkan produk beliau.

 

Dengan tunjuk ajar yang diberi, beliau telah membina page Facebook untuk memasarkan karipap mini tersebut dengan nama Karipap Mini Terbaik. Sekarang, beliau telah tahu cara-cara untuk post, upload gambar-gambar serta mempromosikan link page Karipap Terbaik kepada Group FB yang mempunyai ramai-ramai Friends dan invite rakan-rakan untuk like pages tersebut.

 

Walaupun masih baru dalam dunia online, beliau juga cuba memasarkan produknya melalui mudah.my. Diharap semoga usaha beliau memasarkan secara online menambahkan lagi pendapatan beliau seterusnya mengembangkan lagi bisnes beliau kearah yang lebih maju.