NAMA-NAMA MUKIM / NAMA PENGHULU / PENDUDUK

  Bil 

   Nama Mukim 

  Nama Penghulu  

 Bil. Penduduk

 Bil.  Rumah

 

  1.

  Beris Kubor Besar 

  Mohd Sikrin Bin Yusof

     3039

     921

 

  2.

  Pengkalan Baru

  Muhd Rahim Bin Ramli

     2009

     433

 

  3.

  Tanjung Pauh

  Mohd Zainuddin Bin Ghazali

     2130

     386

 

  4.

  Keluat

  Awang Bin Deraman

     2269

     458

 

  5.

  Tanjung Jering

  Mohd Yusmadi Bin Mohd Yunan

     1451

     257

 
   

  JUMLAH

    10898

     2455

 

 

MASALAH BAGI DAERAH TANJONG PAUH

1) Ekonomi

Oleh kerana sebahagian dari muka bumi daerah ini memiliki tanah berpasir yang kurang subur maka punca pengeluaran hasil-hasil pertanian juga sangat terhad, pengangguran bermusim sangat ketara dalam daerah ini terutama dari Bulan Mac hingga November iaitu bukan musim tembakau.

Dengan kejatuhan harga kelapa, beban ekonomi kepada penduduk kawasan ini bertambah berat kerana tanaman kelapa satu-satunya tanaman kekal dalam daerah Tanjong Pauh. bagi penanaman padi pula mereka merasa susah untuk menjual padi kerana tidak terdapatnya pusat pembelian padi yang hampir di daerah ini kerana BERNAS Peringat yang jarak lebih kurang 20 km.

2) Politik

Terdapat sebuah kampung kecil dalam daerah ini yang mana penduduknya berpecah-pecah kerana fahaman politik. Walaubagaimanapun, masalah poltik tidaklah begitu ketara sangat bagi Daerah Tanjong Pauh ini.

 

RANCANGAN PEMULIHAN TANAH TERBIAR

1) Tanah Terbiar di Baruh Rengan, Beris Kubur Besar, Tanjong Pauh.

Luas tanah di Baruh ini lebih kurang 100 hektar. tanah di kawasan ini terbiar sejak beberapa tahun lepas, akibat dari air bertakung terlalu dalam dan tidak boleh ditanam dengan padi.

Air yang bertakung berpunca dari parit air buang yang digali oleh pihak KADA bagi kawasan ini telah tertimbus dan tertutup menyebabkan air tidak dapat mengalir ke Sungai Kemasin. Akibatnya baruh ini terus tertimbus dan terbiar selama beberapa tahun lalu menyebabkan bendang tersebut ditumbuhi rumput menerung.

 

2) Tanah Terbiar di Padang Buak Tanjong Pauh

Tanah terbiar di Baruh Padang Bual ini, luasnya lebih kurang 50 ekar, ia terbiar lebih kurang 15 tahun sebelum dipulihkan.

Sebab-sebab Terbiar :-
Kawasan dikelilingi oleh kawasan sungai, sebahagian kecil sahaja bersambung dengan daratan. Air tidak dapat bertakung di kawasan dan tidak sesuai ditanam padi kerana air hujan yang turun akan terus mengalir ke sungai dan tidak sempat bertakung di kawasan bendang padi.

Pada musim hujan, air melimpah dari sungai akan terus menenggelamkan kawasan ini dan menyebabkan airnya menjadi terlalu dalam. Dengan sebab itu, maka tanah di baruh ini terbiar hingga 15 tahun lamanya.

 

3) Tanah Terbiar di Pengkalan Baru

Luas tanah terbiar kawasan ini lebih kurang 60 ekar dan tidak dapat sebarang skim pengairan. Rancangan pemulihan bergantung kepada air hujan semata-mata. Tanah di kawasan ini lebih merupakan paya-paya dan sebahagian baruh di kawasan Pengkalan Baru yang selalu diresapi air masim.

Sebab-sebab Terbiar
Tiada galakkan bagi orang-orang disini untuk menanam padi kerana kebanyakkan penduduk di kawasan ini lebih suka menanam tanaman yang selain padi. Selain daripada itu, disebabkan kawasan  ini tiada punca pengairan yang terjamin bagi penanaman padi.

 

Tanah-tanah yang terbiar di Daerah Tanjong Pauh, Bachok

1) Tanah terbiar di Padang Melintang Tanjong Pauh Bachok

Luasnya tanah terbiar di baroh Padang Melintang ini ebih kurang 300 ekar dan sebahagian besar daripadanya adalah terbiar. Keluasan kawasan ini termasuklah dalam pengairan Kemubu. Segala kemudahan pengairan terdapat di kawasan ini.

Sebab-sebab Tanah Terbiar:
Terdapat berbagai-bagai pendapat berhubung dengan sebab terbiarnya tanah di kawasan ini. Mereka tidak menanam padi di kawasan ini keranaketiadaan kereta/jentera bajak sawah padi yang ingin melakukan perkhidmatan mengambil upah untuk membajak tanah di kawasan ini kerana tanah di kawasan ini berlumpur.

Sebab wujudnya lumpur di kawasan ini adalah kerana pihak pentadbiran Kada telah menakung air di dalam parit air buang yang merintangi di tengah-tengah baruh Padang Melintang. Tujuan pihak KADA menakung air untuk mengepam semula air melalui Rumah Pam Tanjong Jenera bagi kegunaan penanaman padi.

Walaubagaimanapun, sekarang sudah terdapat usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak KADA untuk memulihkan tanah-tanah di kawasan ini, namun masih belum dapat melihat sama ada usaha oleh pihak KADA ini berjaya atau tidak sehingga selesainya laporan.

Kesenian Dan Kebudayaan
 

PENUTUP

Daerah Tanjung Pauh merupakan daerah yang kecil , ianya terbahagi kepada 3 mukim tanah, 4 mukim iman dan 5 mukim penghulu serta terdapat 33 buah kampung dangan penduduknya mejoritinya  berbangsa melayu. Profil ini ditulis bagi memudahkan serta menjadi panduan bagi mendapatkan maklumat-maklumat mengenai daerah ini walaupun belum mencukupi tetapi ianya boleh dijadikan panduan.