Tarikh & Hari  3 Januari 2020
Masa

 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   3 Orang 

Tujuan 

    • Carian artikel pada google bagi pelajar tingkatan 1

Aktiviti 

      • Memberi tunjuk ajar kepada pelajar tingkatan 1 asas penggunaan internet seperti mencari bahan tugasan sekolah seperti artikel dan gambar menggunakan google crome. Pelajar juga diajar cara untuk salin dan tampal artikel yang dikehendaki sebelum disunting isi kandungan mengikut pemahaman masing-masing. Selepas siap disunting, pelajar diajar cara untuk print out bahan kerja mereka tadi. selain itu, pelajar juga diajar cara untuk memilih gambar yang bersesuaian dari segi pixel gambar supaya gambar yang dipilih tidak kelihatan kabur dan pecah apabila telah diprint out nanti.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  23 Disember 2019 
Masa

 3.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   3 Orang 

Tujuan 

    • Permohonan ke Kolej Vokasional bagi lepasan PT3 bagi kemasukan Januari 2020

Aktiviti 

      • Permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional telah dibuka pada 15 Oktober 2019 - 23 Disember 2019. Syarat utama terbahagi kepada 2 bahagian:-
      •  i) Murid lepasan penilaian berasaskan sekolah (PBS) - Aliran perdana/Akademik/Agama.
      •      - PT3 ( Pentaksiran pusat )
      •      - PTD ( Pentaksiran bilik darjah )
      •      - PAJSK ( Pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum )
      •      - PPsi ( Pentaksiran psikometri)
      •  ii) Murid lepasan PAV (Pendidikan AsasVokasional )
      • Permohonan Online boleh dilakukan di laman https://sptv.moe.gov.my. Pemohon perlu mengisi maklumat lengkap pada permohonan tersebut seperti maklumat ibubapa, alamat, keputusan PT3 dan lain-lain. Pemohon boleh memilih 2 kursus sahaja mengikut pilihan penempatan kolej kerana setiap kolej vokasional menpunyai pilihan kursus yang berbeza. Keputusan permohonan boleh disemak di laman yang sama pada 20 hingga 27 Januari 2020 ( mengikut perubahan semasa).

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  01 Disember 2019 
Masa

 12.00 tengahari - 1.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   1 Orang 

Tujuan 

    • Mengemaskini Data pekerja Ke Dalam System HUSM secara online.

Aktiviti 

      • En. perlu mengemaskini data beliau dalam system HUSM akan tetapi beliau tidak mahir dalam penggunaan system online. Beliau dibantu oleh petugas untuk mengemaskini data beliau, memuat naik sijil atau dokumen yang berkaitan ke dalam system tersebut. Dokumen tersebut

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  10 Disember 2019 
Masa

 11.30 pagi - 1.30 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   3 Orang 

Tujuan 

    • Peperiksaan Online KESEDAR bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred N19.

Aktiviti 

      • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan  atau lebih dikenali dengan KESEDAR telah membuka kekosongan jawatan sebanyak 18 jawatan kepada warganegara Malaysia khusunya anak jati kelantan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut samaada secara tetap / kontrak. Permohonan perlu dibuat secara Online di laman web rasmi KESEDAR ( www.kesedar.gov.my.). Calon yang dapat menduduki peperiksaan online ini adalah insan-insan yang terpilih daripada ribuan pemohon yang memohon. Calon akan mendapat mesej & email dari pihak KESEDAR bagi menduduki peperiksaan tersebut. Peperiksaan tersebut merupakan tapisan 1 dan jika calon lulus, calon perlu menghadapi beberapa tapisan lagi bagi melayakkan diri menjawat jawatan tersebut. Antara tapisan selepas exam online adalah Psikometri, ujian fizikal, PAC dan temuduga.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  17 November 2019 
Masa

 12.00 tengahari - 1.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   6 Orang 

Tujuan 

    • Semakan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Melalui System SAPS

Aktiviti 

      • Para pelajar diberikan tunjuk ajar cara untuk menyemak keputusan peperiksaan akhir tahun mereka melalui system SAPS. Semakan ini hanya untuk pelajar Tahun 4 hingga Tahun 6 dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pelajar hanya perlu masukkan no kad pengenalan / no sijil lahir, pilih negeri, pilih daerah, pilih nama sekolah dan klik semak. Melalui system online ini, ibubapa juga dapat menyemak sendiri keputusan peperiksaan anak-anak mereka tanpa perlu ke sekolah berjumpa dengan guru. Melalui system ini juga, ibubapa dapat mengetahui Kedudukan Dalam Kelas (KDK) dan Kedudukan Dalam Darjah (KDD) bagi sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Namun bagi peperiksaan umum seperti UPSR, PT3 dan SPM, ibubapa perlu membuat semakan manual di sekolah masing-masing atau secara sms seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Gambar Di Sini