Nama Nurul Hidayah Binti Mohamad Zuki.
Umur  26 Tahun
Ahli   2016

Latar belakang

Cik Hidayah merupakan puteri sulong yang memikul tanggungjawab membantu keluarga dan adik-adik. Beliau bekerja sebagai guru kafa di Sekolah Kebangsaan Tawang, Bachok, Kelantan. Disamping pekerjaan tersebut, beliau mengisi masa terluang dengan menyertai jualan online sebagai dropship beberapa produk seperti Amway, perfume Balqish dan kini beliau juga menyertai Beuty Consultant Mary Kay secara part-time untuk meningkatkan pendapatan beliau.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau mempunyai asas pengetahuan tentang komputer tetapi kurang mempraktikkan kemahiran tersebut dan ada yang hampir terlupa. 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, beliau dapat meningkatkan kualiti diri dan menambah ilmu dunia ICT terutama dalam bidang pemasaran di media sosial seperti facebook, instagram dan whatsapp. Beliau lebih yakin dan bersemangat dalam menyiapkan tugasa kerja yang berkaitan komputer. Selain itu juga beliau kini sudah berjinak-jinak dengan platform shopee bagi memperluaskan pemasaran produk jualan beliau.

Nama Noor Elyana Binti Zakaria.
Umur  33 Tahun
Ahli   2019

Latar belakang

Puan Elyana merupakan surirumah sepenuh masa dan dalam masa yang sama beliau menceburi bidang perniagaan atas talian untuk beberapa produk makanan dan juga kecantikan. Antara produknya ialah Popcorn Salt Eggs, Bickut Chocolate Viral, Ibu Scrub, Nina Skincare dan lain-lain.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau mempunyai asas pengetahuan tentang dunia ICT dan komputer tetapi bidang pemasaran beliau masih baru.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, beliau dapat meningkatkan kualiti diri dan menambah ilmu dunia ICT terutama dalam bidang pemasaran di media sosial seperti facebook, instagram dan whatsapp. Selain itu juga beliau kini sudah berjinak-jinak dengan platform shopee bagi memperluaskan pemasaran produk jualan beliau.

Nama Siti Nurul Amirah Binti Azmi.
Umur  28 Tahun
Ahli   2019

Latar belakang

Siti Nurul Amirah merupakan seorang suri sepenuh masa. Beliau banyak menghabiskan masa terluang dengan melayan anak-anaknya dan kini beliau semakin berjinak-jinak dengan dunia perniagaan atas talian. Beliau bermula sebagai dropship 1 jenis barang sahaja dan kini produk jualan beliau sudah dipelbagaikan. Antara produk yang beliau niagakan ialah bantal hilton, aura terapi roll on, herba kurus tradisi dan minuman fresa fresher.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau mempunyai asas pengetahuan tentang dunia ICT dan komputer tetapi bidang pemasaran beliau masih dalam proses pembelajaran.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, beliau dapat meningkatkan kualiti diri dan menambah ilmu dunia ICT terutama dalam bidang pemasaran di media sosial seperti facebook, instagram dan whatsapp. Selain itu juga beliau kini sudah berjinak-jinak dengan platform shopee bagi memperluaskan pemasaran produk jualan beliau.

Nama  Mohammad Afiq Daniel bin Ayub. 
Umur  18 Tahun
Ahli   2021

Latar belakang

Mohammad Afiq merupakan anak pertama daripada 4 adik beradik. Beliau adalah pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM 2020 dalam situasi negara sedang menghadapi pendamik Covid-19. Beliau juga mengikuti Kelas Seminar Gempur SPM 2020 Online anjuran Pusat Internet Komuniti Beris Kubur Besar sebanyak 4 subjek teras iaitu bahasa melayu, inggeris, matematik dan pendidikan islam.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, beliau mempunyai asas komputer yang dipelajari di sekolah dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

 Kini, dengan kemahiran komputer yang telah beliau pelajari telah dapat dipraktikkan dan dipertingkatkan lagi memandangkan sekarang kemahiran dunia ICT teramatlah penting.
Nama Nik Nur Balqis Binti Nik Razali.
Umur  18 Tahun
Ahli   2019

Latar belakang

Balqis merupakan pelajar tingkatan 6. Beliau kini sedang berjinak-jinak dengan dunia perniagaan atas talian secara dropship. Antara produk yang beliau niagakan ialah Kosmetik, baju, kasut dan bag. 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai asas kemahiran dunia ICT terutama dalam bidang pemasaran atas talian.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, beliau dapat meningkatkan kualiti diri dan menambah ilmu dunia ict terutama dalam bidang pemasaran di media sosial seperti facebook, instagram dan whatsapp.