Nama “Kelantan” dikatakan berasal daripada perkataan “gelam hutam”, iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa nama itu berpunca daripada perkataan “kilatan” atau “kolam tanah”. Selain itu negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah.

       Kelantan mempunyai keluasan 15,104.62 km2 dan terletak di Timur Laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, serta bersempadan dengan Thailand. Ibu negeri dan Bandar Diraja terletak di Kota Bahru.

       Kelantan mempunyai 14 kawasan Parlimen, 45 kawasan Dewan Undangan Negeri dan terbahagi kepada 10 Jajahan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Putih, Bachok, Kota Bharu dan Gua Musang.

Bandar-bandar yang lain ialah Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa. Warna bendera Kelantan ialah merah dan putih. Warna merah melambangkan kesetiaan rakyat kepada negeri dan warna putih pula melambangkan kesucian Raja.

 

                                                                                         

                                                                                                                         

BACHOK

     Sejarah awal Bachok adalah sebuah pekan kecil kira-kira 35 km daripada Kota Bharu yang merupakan kampung nelayan. Pada masa dahulu ramai orang islam yang berhijrah ke kawasan ini dengan penghidupan sebagai nelayan. Mengikut cerita orang tua, nama Bachok adalah berasal daripada bahasa siam “Ban” beerti kampung dan “chak” beerti jala / pukat / pokok nipah bagi menunjukkan kawasan yang banyak pokok nipah dan pencarian penduduk menangkap ikan. Mereka menyebut tempat tersebut “Banchak”. Tetapi mengikut sebutan loghat tempatan yang ringkas menjadi “Banchok”. Nama itu digunakan sebagai nama bandar dan jajahan hingga sekarang.

     Jajahan Bachok merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Jajahan Bachok terletak di selatan negeri Kelantan dan bersempadan dengan 3 buah negeri iaitu Terengganu di timur, Pahang di selatan dan Perak di sebelah barat. Terdapat 8 daerah dalam jajahan ini iaitu Daerah Gunong, Daerah Tawang, Daerah Perupok, Daerah Melawi, Daerah Telong, Daerah Bekelam, Daerah Mahligai dan Daerah Tanjong Pauh. Dalam Laporan Jabatan Perangkaan (JP) 2000, penduduk jajahan Bachok berjumlah 109,384 orang kawasannya seluas 27,951 hektar. Bandar bachok ini juga mempunyai aset semulajadi iaitu pesisiran pantai yang cantik sepanjang 32km.

 

 

PENTADBIRAN

 

DAERAH TANJUNG PAUH, MUKIM BERIS KUBUR BESAR


Daerah ini ditadbir oleh seorang Penggawa, seorang pembantu penggawa, 5 orang penghulu. (Lihat Organisasi)


Agensi-agensi kerajaan yang terdapat dalam Kawasan Beris Kubor Besar ini adalah;-


1.  Lembaga Pertubuhan Peladang Bachok
2.  Klinik Kesihatan Beris Kubor Besar
3.  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

 

Daerah ini adalah salah satu daerah termasuk didalam kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Bachok.

STRUKTUR FIZIKAL (KEADAAN MUKA BUMI)


Daerah Tanjong Pauh ini terbahagi kepada dua jenis tanah yang berbeza;-

1. Tanah Beris Berpasir
2. Tanah Liat Lembah Yang Berpaya.

Bahagian Pertama
Lebih 2/3 daripada muka bumi daerah ini adalah terdiri dari tanah berpasir, oleh sebab itu hasil pengeluaran pertanian bagi kawasan ini adalah terhad kepada beberapa jenis tanaman yang sesuai dengan tanah berpasir sahaja. Dari sudut pertanian, kawasan ini ditadbir Lembaga Pertubuhan Peladang Bachok Utara dan Pegawai Pertanian Jajahan Bachok.

Bahagian Kedua
Lebih 1/3 nya adalah tanah liat yang berpaya atau bendang padi. Selain daripada padi tanah ini juga sesuai untuk tanaman sayur yang bermusim. Kebanyakan tanah ini ditenggelami pada musim tengkujuh dan amat sedikit tanaman kekal ditanam dikawasan ini. Bendang padi disini juga dibawah Pentadbiran Rancangan Lembaga Pertanian Kemubu.