Tarikh & Hari  10 Mac 2019 ( Ahad )
Masa

 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   6 Orang 

Tujuan 

Memberi tunjuk ajar kepada Ibubapa / Penjaga cara pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 online.

Aktiviti 

 Pendaftaran Prasekolah - Syarat utama permohonan E-Prasekolah adalah warganegara Malaysia dan kanak-kanak yang pada 2 januari 2014 hingga 15 januari 2016 sahaja yang layak memohon. Untuk mendaftar, Ibubapa / Penjaga diminta melayari laman website https://eprasekolah.moe.gov.my. Maklumat kanak-kanak, ibubapa, sekolah yang dimohon adalah maklumat yang perlu diisi semasa proses pendaftran tersebut.

 Pendaftaran Tahun 1 - Untuk melancarkan proses pendaftaran tahun 1 ambilan 2020/2021, Ibubapa/Penjaga perlu membawa sijil lahir kanak-kanak, maklumat ibubapa dan yang paling utama, buku rekod kesihatan kanak-kanak untuk maklumat imunisasi. Untuk mendaftar, Ibubapa / Penjaga diminta melayari laman website https://public.moe.gov.my @ SPATKPM. Bagi ibubapa yang terlupa kata laluan, boleh tekan lupa "kata laluan" dan kata laluan yang baru akan dihantar kepada email ibubapa. Sistem ini hanya boleh dikemaskini sebnayak 3 x sahaja selepas permohonan telah dihantar.  Jadi, ibubapa dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu sebelum menekan butang hantar permohonan.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  21 & 24 Feb 2019 ( Khamis & Ahad )
Masa

 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   2 Orang 

Tujuan 

Mengenal dan mendalami apa itu Microsoft Excel dan Asas Microsoft Excel serta latihan praktikal untuk peserta lebih memahami penggunaan tersebut.

Aktiviti 

Hari pertama, peserta didedahkan dengan pengenalan serta Asas Microsoft Excel. peserta dapat mengenal setiap ikon-ikon yang terdapat pada microsoft tersebut seperti sel aktif, lajur, baris, margin dan sebagainya. Peserta juga diberikan soalan latihan untuk mempraktikkan pemahaman peserta tentang apa yang telah dipelajari sepanjang kelas. Antaranya cara menghasilkan senarai nama, jadual dan lain-lain.

Hari kedua, peserta diberikan latihan pengukuhan dan keterangan lanjut tentang Microsoft Excel seperti cara untuk menghasilkan belanjawan /  Invoice, tukarkan jadual kepada carta, mengira keuntungan dan peratusan (menggunakan formula) serta operasi aritmetik.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  16 Feb 2019 ( Sabtu )
Masa

 10.00 pagi - 1.00 petang - Sesi Pagi

  2.00 petang - 5.00 petang - Sesi Petang.

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   22  Orang 

Tujuan 

Kemaskini & Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup (BSH 2019).

Aktiviti 

Memberi bimbingan kepada komuniti cara untuk mengemaskini dan permohonan baru bantuan sara hidup BSH 2019. Peserta juga diminta membawa dokumen yang lengkap dan no telefon yang sama (semasa BR1M 2018 masih aktif) dibawa bersama bagi melancarkan proses tersebut. selain itu juga, peserta diajar cara untuk mengecilkan size fail / dokumen sokongan sebelum memuat naik ke website tersebut. maksimum size file adalah 3mb untuk setiap dokumen. Kelas ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang disebabkan oleh peserta yang ramai. sepanjang perjalanan kelas tersebut, peserta dipantau oleh petugas pusat internet dan jika ada yang keliru, boleh terus berhubung dengan petugas tersebut.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  17 & 18 Feb 2019 ( Ahad & Isnin )
Masa

 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   2 Orang 

Tujuan 

Latihan Asas Media Baru, Mengenal Perkakasan Komputer, Pengenalan Asas Microsoft Word (Menaip Surat, Penulisan Artikel dll)

Aktiviti 

Kelas ini disertai oleh 2 orang pelajar tingkatan 5. Pertama, perkara yang diajar dalam kelas ini ialah Latihan Asas Media Baru seperti pendaftaran akaun gmail dan facebook. Peserta diajar cara menulis email, menyemak peti masuk dan hantar serta cara memuatnaik fail / dokumen dalam email tersebut. Kedua, pelajar didedahkan dengan perkakasan komputer secara dekat serta fungsinya seperti cpu, power supply, tetikus dan sebagainya.

Selepas itu, pelajar diterangkan secara lanjut tentang pengenalan microsoft word, asas menaip dan fungsi setiap ikon / label pada microsoft word tersebut. Penting untuk pelajar ketahui lanjut tentang microsoft word kerana setiap tugasan yang diberikan guru banyak melibatkan kerja-kerja menaip dan carian google. Untuk melancarkan lagi pemahaman pelajar tentang apa yang dipelajari, pelajar diberikan beberapa latihan pengukuhan seperti menaip surat rasmi, penulisan artikel, menghasilkan jadual dan resume.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  3 Feb 2019 ( Ahad )
Masa

 10.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   1 Orang 

Tujuan 

Carian Maklumat Untuk Tugasan Sekolah Tingkatan 1.

Aktiviti 

Memberi bimbingan kepada pelajar tingkatan 1 dalam menyiapkan tugasan sekolah menggunakan carian Google. Pelajar juga dapat mempertingkatkan kemahiran asas komputer seperti menaip, kata kunci untuk carian google bagi menyiapkan tugasan tersebut.

Gambar Di Sini