Tarikh & Hari  29 Ogos 2019 ( Khamis )
Masa

 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   14 Orang 

Tujuan 

      • Peperiksaan online untuk jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19.

Aktiviti 

        • Seramai 14 orang peserta yang berjaya untuk menjalani peperiksaan online ini. Peperiksaan online dipantau dan dibantu oleh petugas sepanjang peperiksaan berjalan bagi mengatasi sebarang masalah teknikal serta yang berkaitan. Peserta dapat berbincang dengan peserta yang lain atau pembantu yang turut hadir membantu mereka sepanh=jang peperiksaan berlangsung. Petugas juga memberi panduan dan bantuan yang sesuai dalam menyelesaikan masalah peserta.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  26 Ogos 2019 ( Isnin )
Masa

 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   4 Orang 

Tujuan 

    • Mencari bahan untuk tugasan kerja kursus serta memerlukan bantuan dalam teknik dan kaedah mencari bahan dan juga menggunakan Microsoft Word.

Aktiviti 

      • Para pelajar diberi tips dan kaedah carian google yang betul untuk mencari bahan yang sesuai. Pelajar juga dibantu untuk save image dan juga menyunting gambar untuk mendapatkan hasil yang sesuai. Selain itu, pelajar di ajar menggunakan Microsoft Word bagi menyiapkan tugasan dengan lebih mudah. Memberi panduan dan kaedah yang betul untuk carian yang lebih tepat. 

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  1 Ogos 2019 ( Khamis )
Masa

 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   27 Orang 

Tujuan 

Lawatan pelajar-pelajar Tabika Sri Sentosa ke PI Beris

Aktiviti 

Para pelajar diperkenalkan secara ringkas dengan perkakasan komputer seperti monitor, tetikus, keyboard dan lain-lain. Selepas itu, pelajar-pelajar didedahkan pula dengan mewarna atas talian ( http://www.coloringpages4u.com/ ). Setiap pelajar berpeluang untuk mencuba sendiri. Pembelajaran ini dapat melatih pelajar memegang tetikus sendiri dan fokus dengan lukisan masing-masing. Pembelajaran yang terakhir pula, pelajar diajar untuk menaip nama singkatan masing-masing sendiri menggunakan microsoft word dengan pemantauan dari petugas dan guru-guru pengiring tabika. 

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  24 Ogos 2019 ( Sabtu )
Masa

 8.30 pagi - 1.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   187 Orang 

Tujuan 

  • Melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan serta mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama PI dengan komuniti, agensi, pemimpin dan masyarakat setempat dalam mewujudkan komuniti sihat yang mesra ICT dan teknologi dalam penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih. Mempromosi dan memperkenalkan lagi pusat internet serta perkhidmatan yang ditawarkan kepada komuniti sekitar disamping mengeratkan lagi hubungan dengan komuniti dan pemimpin setempat. 

Aktiviti 

    • Para pengunjung mendapat manfaat dan kemudahan daripada agensi-agensi yang terlibat dan terasa lebih dekat dengan pusat internet. Manakala para usahawan dan agensi dapat mempromosikan lagi perkhidmatan mereka kepada komuniti sekitar. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti buat pengunjung yang hadir dan cabutan bertuah juga disediakan.
    • Pameran, Jualan dan taklimat Agensi :-
      •      - Klinik Pergigian Beris Kubor Besar
      •      - Klinik Kesihatan Beris Kubor besar
      •      - KOSPEN KRT Beris Kubor besar
      •      - Usahawan Asas tani
      •      - Usahawan IKEA
      •      - Usahawan Rooibos
      •      - Yakult
      • Pelbagai Aktiviti diadakan seperti :-
        •      - Gerai Jualan Usahawan
        •      - Pemeriksaan Kesihatan percuma
        •      - Pemeriksaan gigi, Latihan memberus gigi dan aktiviti kanak-kanak dari klinik pergigian
        •      - Pertandingan dan Cabutan bertuah kepada pengunjung
        •      - Download aplikasi Dashboard Komuniti

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  29 Julai 2019 ( Khamis )
Masa

 3.30 petang - 5.30 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   2 Orang 

Tujuan 

Cara penulisan resume & cover letter

Aktiviti 

Panduan penulisan resume yang terbaik adalah maklumat perlu padat dan ringkas. Gambar profile perlu sopan dan terkini. Objektif resume juga perlulah lebih spesifik dan senarai pencapaian akademik pula disusun mengikut yang tertinggi seperti ijazah, diploma, spm dan pmr. Selain itu, peserta diajar juga cara untukedit dan resize gambar sebelum diletakkan pada resume.

Gambar Di Sini