PHOTIYA WAT
Tempat Ibadat Buddha
-
Berada di kampung Balai, Bachok
-
Aktiviti ibadah – harian, pagi dan petang
-
Ukurannya 108 kaki tinggi
-
Keistimewaan tersedia:
-
Bilik sewaan
-
Kolam renang (air panas,mandi bunga)
-
Urutan / mengurut
-
Pintu Masuk Utama
Dewan Ibadat
Simbol Patung Dewa
Rujukan:- http://www.mdbachok.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/photiya-wat
Tokong Samnak Song Viriyak Sangworn
-
Berada di Kampung Balai
-
Patung mengadap ke Laut China Selatan
-
Berbentuk Perempuan
PANTAI PENGKALAN PETAH
Pantai Pengkalan Petah merupakan sebuah jeti pendaratan ikan yang utama bagi Daerah Bachok. Terletak didalam Daerah Perupok dan bersebelahan dengan Pantai Kemayang.
Pantai ini telah dibenteng bagi mengatasi masalah hakisan yang giat melanda pesisiran Pantai Bachok. Pantai ini sering dikunjugi bagi mendapatkan bekalan hasil laut yang segar dan murah.
Suasana kehidupan masyarakat nelayan dapat dilihat disepanjang jeti pendaratan ikan. Terdapat gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman kepada pengunjung yang berkunjung ke Pantai Pengkalan Petah.
Pemandangan Pantai Pengkalan Petah
Rujukan: http://www.mdbachok.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/pantai-pengkalan-petah
PANTAI KEMAYANG
Pantai Kemayang terletak didalam Mukim Kemasin, merupakan satu kawasan yang sering dikunjungi ramai. Terletak 5 km dari Bandar Bachok, ianya dihubungkan oleh rangkaian jalan raya yang baik. Manakala hanya 14 km jaraknya dari Bandar Kota Bharu.
Mempunyai infrastruktur yang agak baik seperti tandas awan, surau dan juga gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan seperti makanan barasaskan makanan laut dan juga masakan panas.
Sering dikunjungi oleh pelbagai golongan khususnya yang telah berkeluarga. Menghadap Laut China Selatan memberikan satu pemandangan yang amat menarik. Selain itu, dapat dilihat juga bot-bot nelayan keluar dan masuk untuk mendaratkan hasil tangkapan laut. Disini juga terdapat perusahaan ikan kering secara kecil-kecilan yang diusahakan oleh penduduk tempatan diperkampungan nelayan di Pantai Kemayan.
Pemandangan Pantai Kemayang
PANTAI IRAMA
Terdapat pelbagai infrastruktur yang disediakan dikawasan pantai seperti gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat letak kerata yang sistematik, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak.
Pantai ini menghadap Laut China Selantan dan telah ditambak bagi mengelakkan hakisan dari berlaku terutamanya pada musin tengkujuh ketika Angin Monsun Timur Laut bertiup (November - Mac). Sering dikujungi pada hari minggu (Jumaat dan Sabtu). Seringkali dijadikan tempat mengadakan pesta dan pelbagai acara keramaian. Terletak disepanjang laluan utama Bachok – Kota Bharu. Aktiviti wajib setiap hari jumaat adalah pasar malam bermula 5.00 petang - 10.00 malam.
Lokasi
Terletak di pinggir Bandar Bachok., kira-kira 20 km dari Kota Bharu melalui jalan tempatan Kota Bharu-Tawang-Bachok (D5) yang mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja.
Aktiviti Pelancongan
Pelbagai aktiviti dilakukan setiap hujung minggu / musim cuti sekolah. Antaranya ialah:-
1. Sukaneka / Sukan Rakyat
2. Pameran Kuda Berhias
3. Sambutan Ulang tahun Hari Keputeraan KDYMM Al-Sultan Peringkat Jajahan Bachok.
4. Pesta Joran
5. Dikir Barat & Silat
Rujukan: http://www.mdbachok.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/pantai-irama