Tarikh & Hari | : | 16 Mei 2019 ( Khamis ) |
Masa | : |
9.30 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 9 Orang |
Tujuan |
Peperiksaan SPA online untuk jawatan Pegawai tadbir Diplomatik (PTD) |
Aktiviti |
Seramai 9 orang yang menduduki peperiksaan tersebut. Peperiksaan ini terdiri daripada beberapa bahagian (Bahagian A : Pengetahuan Am & Bahagian B : Penyelesaian Masalah). Peperiksaan ini merupakan langkah pertama peserta sebelum menjalani beberapa ujian lain sebelum layak ke peringkat temuduga. |
Tarikh & Hari | : | 4 Mei 2019 ( Sabtu ) |
Masa | : |
11.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Membantu para pelajar menyiapkan kerja kursus seni visual tingkatan 5 dengan carian google. |
Aktiviti |
Pelajar dipantau dalam membuat carian google untuk menyiapkan kerja kursus seni visual tingkatan 5 secara individu. Kerja kursus ini bertemakan batik & haiwan. Pelajar dikehendaki mencari gambar batik & haiwan dalam 8 corak @ aksi yang berbeza. Gambar yang dipilih hendaklah ringkas dan mudah untuk dilukis. |
Tarikh & Hari | : | 29 April 2019 ( Isnin ) |
Masa | : |
10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 7 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk ajar cara menyunting gambar dan muatnaik gambar produk ke platform Myshop Dashboard Komuniti. |
Aktiviti |
Para peserta terdiri daripada pelajar lepasan sekolah yang ingin berjinak-jinak dalam bidang perniagaan atas talian. Peserta diajar cara untuk menyunting gambar produk atau menambah "water mark". "Water mark" itu menunjukkan identiti produk seseorang yang berbentuk logo atau tulisan. "Water mark" berfungsi untuk melindungi hasil karya atau gambar produk usahawan dari dicetak rompak. Peserta juga diajar cara menggunakan whatsapp web untuk dapatkan gambar produk tanpa menggunakan kabel. Selepas gambar siap disunting, peserta diterangkan dengan lebih lanjut tentang fungsi setiap ikon pada Dashboard Komuniti iaitu Myhealth, Mykomuniti, Myshop, Mysoal, Myplace dan Myskool. Selepas peserta memuatnaik gambar produk, keterangan produk dan terma syarat yang ditetapkan oleh peserta sendiri seperti cas COD, peserta akan hantar permohonan produk untuk bersiaran di Myshop Dashboard Komuniti. Pihak admin akan kemaskini permohonan peserta sebelum diluluskan. Produk yang bersiaran di Platform Myshop Dashboard Komuniti akan dapat dicari atau dilihat oleh semua pengguna yang berdaftar dengan pusat internet seluruh malaysia, termasuk Sabah & Sarawak. |
Tarikh & Hari | : | 16 Mei 2019 ( Khamis ) |
Masa | : |
8.30 pagi - 9.30 pagi |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Membantu Pn. Pazilawati memuat naik dokumen pelajar dan kemaskini maklumat pelajar prasekolah melalui SMPK. |
Aktiviti |
Dokumen yang hendak dimuatnaik akan di'scan' terlebih dahulu. Pn. Pazilawati perlu mengemaskini maklumat terkini pelajar prasekolah melalui website SMPK ( Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan ). 3 objektif utama website SMPK :- 1. Membangunkan sistem maklumat yang bersepadu di peringkat kebangsaan 2. Memastikan capaian data di semua peringkat secara berpusat dengan cepat dan tepat. 3. Memantapkan pengurusan dan penyelarasan maklumat pada semua peringkat pelaksana. |
Tarikh & Hari | : | 19 April 2019 ( Jumaat ) |
Masa | : |
3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 25 Orang |
Tujuan |
||||||||||||
Memberi pendedahan lanjut tentang kursus yang terdapat di Widad College. |
||||||||||||
Aktiviti |
||||||||||||
Para pelajar diberikan penerangan lanjut tentang cara pemilihan kursus yang betul bersesuaian dengan keputusan SPM/STPM yang diperolehi pelajar dan minat pelajar sendiri. Widad College menjalinkan kerjasama kursus yang ditawarkan dengan 3 IPTA iaitu UiTM, UTM dan UPM. Antara program kerjasama seperti berikut:-
|
||||||||||||