Tarikh & Hari  6 -7 November 2019 
Masa

 10.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   11 Orang 

Tujuan 

    • Pemeriksaan Kulit Muka Percuma 

Aktiviti 

      • Melakukan pemeriksaan kulit muka pengguna yang berminat secara percuma selama 2 hari. Melalui pemeriksaan ini, pengguna akan tahu jenis kulit mereka ( kulit kering, kulit berminyak & kulit combinasi). Selain itu, pengguna dapat melihat sendiri struktur kulit mereka semasa pemeriksaan berlaku seperti pori-pori terbuka, pori tersumbat, jerawat, jeragat dan sebagainya. Melalui pemeriksaan tersebut, pengguna akan disyorkan dengan produk yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh kulit mereka. Istimewanya pada hari tersebut, pengguna dapat mencuba sendiri produk tersebut dan khidmat nasihat juga akan diberikan dari segi tips, cara pemakaian scrub dan lain-lain secara percuma.

Gambar Di Sini - Part 1

Gambar Di Sini - Part 2

 
Tarikh & Hari  10 Oktober 2019 
Masa

 3.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   1 Orang 

Tujuan 

    • Carian Google & Menyiapkan Kerja Kursus Sekolah.

Aktiviti 

      • Memberi bimbingan kepada pelajar cara asas untuk menggunakan komputer dan internet. Pelajar perlu menaip 1 kawasan dan print lokasi tersebut dalam bentuk satelit dan map. Peserta juga diajar cara untuk print, setting sebelum print, memilih printer yang betul samaada hitam/putih dan print out bahan tersebut.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  13 September 2019 ( Jumaat )
Masa

 3.30 petang - 5.30 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   1 Orang 

Tujuan 

    • Permohonan pinjaman PTPTN secara online.

Aktiviti 

      • Memberi bimbingan kepada peserta cara untuk membuat permohonan pinjaman PTPTN secara online. Sebelum membuat permohonan online, peserta perlu pastikan telah menerima tawaran IPT, mempunyai salah satu nombor akaun SSPN, mempunyai akaun bank mengikut panel bank IPT masing-masing dan yang terakhir, membuat semakan jadual permohonan dan bayaran pinjaman. permohonan online boleh dibuat melalui website https://www.ptptn.gov.my/gateway/ . No pin PTPTN boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional ( BSN ) ataupun pembelian secara online.  Hanya email rasmi pelajar sahaja yang perlu digunakan bagi urusan rasmi PTPTN. Peserta juga perlu memastikan segala maklumat yang diisi adalah tepat dan betul sebelum menekan butang  "Ya" bagi tujuan pengesahan permohonan kerana setiap permohonan yang telah disahkan tidak boleh dibuat pindaan selepas itu. Selepas 1minggu daripada tarikh tutup permohonan, peserta boleh menyemak permohonan tersebut samaada lulus atau sebaliknya. jika lulus, peserta perlulah mencetak surat perjanjian PTPTN sebanyak 2 salinan dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan seterusnya. bagi yang tidak berjaya, mereka boleh membuat rayuan permohonan pinjaman PTPTN mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  7 Oktober 2019 
Masa

 11.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   2 Orang 

Tujuan 

    • Permohonan UPSI online second intake 2019 

Aktiviti 

      • Memberi bimbingan kepada peserta cara untuk mengisi permohonan tersebut. Permohan tersebut dibuka pada 3 September 2019 - 1 November 2019. Perkara penting sebelum memohon adalah peserta perlulah menyemak syarat kelayakan kemasukan terlebih dahulu. Selepas itu, peserta hendaklah membeli no pin bernilai RM26.00 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membolehkan peserta memohon bidang yang diminati dan bersesuaian dengan kelayakan yang diperolehi. Permohonan tersebut hanya boleh dikemaskini 1 kali sahaja sebelum disahkan permohonan. Jika terdapat sebarang permasalahan berkaitan system UPSI, peserta boleh menghubungi terus talian Hal Ehwal Akademik UPSI.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  20 September 2019 ( Jumaat )
Masa

 9.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   5 Orang 

Tujuan 

    • Pembelajaran atas talian kepada adik-adik sekolah rendah di hari minggu.

Aktiviti 

      • Pembelajaran atas talian ini terdiri daripada Kahoot Online, Menaip pantas dan juga Quizizz. Kahoot Online adalah permainan dalam pembelajaran yang mana soalan dicipta oleh pengajar tentang Klik Dengan Bijak ( ICT ). Soalan akan dipaparkan pada skrin besar dan peserta perlu menjawabnya pada komputer masing-masing dengan pantas. Kuiz ini menguji kepantasan para peserta. Selepas itu, pelajar diajar untuk menaip pantas melalui website https://10fastfingers.com/typing-test/english. Melalui website ini, pelajar dapat melatih jari jemari mereka untuk menaip secara pantas dan terdapat pelbagai bahasa yang boleh dicuba. Manakala Quizizz pula, atas permintaan pelajar sendiri inginkan soalan tentang matematik & peribahasa. Berbeza dengan Kahoot, Quizizz akan memaparkan soalan dan jawapan pada skrin komputer peserta. Susunan soalan setiap peserta adalah tidak sama walaupun soalan yang sama. ini dapat mengelakkan dari peserta untuk meniru secara membuta tuli. Pembelajaran ini semua bukan sahaja menguji minda para pelajar, tetapi juga memberi keseronokan juga kepada mereka.

Gambar Di Sini