Nama Usahawan   :   Puan Noraini Hj Jusoh 
 Nama Produk  :  Atap Singgora.

Puan Noraini Hj Jusoh. Selesa dengan panggilan Kak Ani. Beliau merupakan keturunan ke 5 yang mengusahakan bengkel membuat atap genting senggora ini. Diwarisi dari datuk, bapa, kini perusahaan ini digiatkan oleh beliau bersama adik iparnya.

Tahun-tahun dahulu. Kak Ani memulakan kisah genting senggora dari situ. Tahun 1960. Katanya terdapat lebih kurang 40 bengkel pembuatan atap genting senggora di sepanjang tebing sungai kampung ini. Sungai yang bertemu laut menghasilkan tanah liat yang terbaik isi mineralnya, menjadikan kampung tersebut mewah dengan perusahaan ini. Kandungan mineral tanah liat amat penting dalam menghasilkan kepingan atap yang bermutu, seperti yang ada di sini. Kenyataan ini disokong dengan fakta kajian seorang pengkaji yang banyak menyokong usaha Kak Ani.

Atap daripada tanah liat ini, pada asalnya diperkenal dan dibawa masuk dari Singgora (Songkhla), sebuah wilayah di Segenting Kra, Selatan Thailand namun teknik pembuatannya telah tersebar ke Kelantan dan Terengganu yang kini kekal mendapat sambutan penduduk setempat.

Bagaimanapun dek perubahan dan pengenalan teknologi baharu yang moden dalam pembinaan rumah yang lebih cepat dan kos efektif, atap senggora tidak lagi mendapat sambutan seperti dahulu. Namun kini, ia semakin mendapat tempat di kalangan pengusaha-pengusaha resort.

Sehingga kini, perusahaan atap Singgora Kampung Pengkalan Baru merupakan satu-satunya yang masih terdapat di Malaysia

Puan Noraini Hj Jusoh

No. Tel : 019-928 1379
Alamat : Atap Singgora, Kg Pengkalan Baru, Tanjung Pauh, Bachok, Kelantan.
FB: https://www.facebook.com/bataatap.singgora

Sumber Rujukan:

1.Puan Noraini Hj Jusoh (Pengusaha Atap Singgora)
2.Bernama | 7 Disember 2014 | Oleh Rosmawati Zawawi
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php…
3.Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara: Jilid 2 - Meneliti Kosmologi dan Adat Istiadat
https://books.google.com.my/books…