Tarikh & Hari | : | 17 Nov 2018 ( Sabtu ) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 6 Orang |
Tujuan |
Mencipta logo Klik Dengan Bijak KDB |
Aktiviti |
Pelajar diajar cara untuk menghasilkan Logo Klik Dengan Bijak langkah demi langkah menggunakan microsoftword. Pelajar terdiri daripada pelajar sekolah rendah. pelajar diberi pilihan untuk memilih sendiri contoh logo KDB di carian google. setiap perician seperti menukar jenis tulisan, warna tulisan, jenis bentuk akan diajar oleh petugas. para pelajar dipantau secara langsung oleh petugas yang mengajar. bagi yang kurang faham, boleh bertanya terus kepada petugas. Para pelajar seronok dapat belajar suatu ilmu baru walaupun perkara itu mudah pada pandangan mata. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 1 Nov 2018 ( Khamis ) |
Masa | : | 10.00 pagi - 11.00 pagi. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Perbankan Online |
Aktiviti |
Masa telah menjadi faktor penyumbang utama kepada keperluan penggunaan perbankan online. Pengguna tidak perlu lagi ke bank, menunggu angka giliran untuk untuk dapatkan statement bank, beratur panjang untuk melakukan transaksi sesuatu urusan atau membeli-belah secara online. Akan tetapi, setiap kelebihan ada kekuranganya juga seperti scammer. Pengguna perlu berhati-hati dengan pencuri dalam talian. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 15 Okt 2018 ( Isnin ) |
Masa | : | 11.30 pagi - 12.30 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Penerangan ringkas tentang Shopee |
Aktiviti |
Shopee merupakan sebuah “marketplace” yang direka khas untuk pembeli dan penjual yang ingin menikmati transaksi yang pantas, lancar dan selamat. Pendaftaran shopee boleh dilakukan atas talian sama ada sebagai pembeli atau penjual. Shopee juga ada menyediakan cara untuk mempromosikan produk penjual yang mana dapat menarik pembeli online untuk memilih shope sebagai gedung membeli belah. Shopee juga ada menyediakan voucher percuma postage untuk 1kg ke bawah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Untuk print cosignment note shopee, peserta perlu klik confirm, print waybill dan siap akan dapat 4 salinan (salinan pengirim, penerima, pejabat asal dan pejabat transit) Antara beberapa faktor yang menyebabkan Shopee popular:- ● Mudah |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 15 Nov 2018 ( Khamis ) |
Masa | : | 10.00 pagi - 11.00 pagi. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Pendaftaran Perkahwinan Online / E-Qaryah |
Aktiviti |
Sistem e-Qaryah ini adalah merupakan bank data penduduk Negeri Kelantan untuk pelbagai kegunaan. Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pihak agensi kerajaan mengenalpasti semua anak-anak mukim yang bermastautin dan bermukim di dalam mukim di Negeri Kelantan sekaligus memudahkan proses pengesahan status anak mukim. Fungsi utama e-Qaryah ialah untuk pendaftaran anak mukim dan pendaftaran perkahwinan online. Setiap pasangan yang ingin berkahwin perlu mengisi pendaftarn perkahwinan atas talian. Segala maklumat / peraturan am telah dinyatakan pada website e-Qaryah dengan lanjut seperti Pemohon hendaklah seorang yang bermastautin di dalam negeri Kelantan (Kod 03 atau 29 di dalam kad pengenalan) atau beralamat Kelantan di dalam kad pengenalan dan pasangan haruslah mengisi borang permohonan seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah.
|
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 18 Okt 2018 ( Khamis ) |
Masa | : | 3.00 petang - 6.00 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 10 Orang |
Sesi kedua, peserta didedahkan dengan asas menghasilkan video menggunakan microsoft powerpoint. Peserta perlu mencari gambar pada carian internet dan lagu format mp3 untuk dijadikan video. Tema video adalah bebas. Sesi ketiga, sesi yang amat diminati oleh para peserta iaitu Kuiz Quizziz. Kuiz ini merangkumi 2 subjek iaitu jawi dan bahasa inggeris. Kuiz ini dapat mengasah minda pelajar. Kelas yang dijalankan secara santai-santai. Selesai kelas, para peserta akan bergambar ramai-ramai sebagai kenangan. |
Gambar Di Sini |