Tarikh & Hari | : | 6 Julai 2019 ( Sabtu ) |
Masa | : |
3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Cara penulisan surat rasmi & letter head. |
Aktiviti |
Surat rasmi adalah sebagai perantaraan untuk individu berkomunikasi dengan sesuatu jabatan kerajaan atau berkanun. Peserta merupakan pelajar tingkatan 6 bawah. Peserta diajar asas format surat rasmi. Surat itu bertujuan untuk memohon sumbangan dari syarikat korporat untuk suatu program di yang dijalankan oleh sekolah beliau. Peserta juga diajar untuk edit logo sekolah untuk dijadikan letterhead. Antara perkara penting dalam penyediaan letterhead ialah logo jabatan atau jata negara, nama jabatan dan alamat rasmi jabatan. Tajuk surat rasmi perlu jelas dan terang dengan isi surat. |
Tarikh & Hari | : | 5 Julai 2019 ( Jumaat ) |
Masa | : |
10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 6 Orang |
Tujuan |
Peperiksaan SPA online bagi jawatan Juruteknik Perubatan Gred U19. |
Aktiviti |
Peserta terdiri daripada calon yang terpilih melepasi saringan pertama. Peperiksaan ini dilaksanakan secara serentak seluruh malaysia. Peperiksaan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A ( Daya Menyelesaikan Masalah ) & bahagian B ( Kefahaman Bahasa Inggeris). Peserta perlu menjawab soalan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan peserta juga dinasihatkan untuk menyemak kembali setiap soalan yang telah dijawab bagi mengelakkan kesilapan yang tidak diduga. |
Tarikh & Hari | : | 16 Jun 2019 ( Ahad ) |
Masa | : |
10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 3 Orang |
Tujuan |
Cara penulisan resume dan convert format fail dari pdf ke microsoft word. |
Aktiviti |
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah yang ingin membuat resume untuk permohonan kerja. Resume ini dibuat menggunakan microsoft word sepenuhnya. pelajar juga diajar cara untuk edit gambar pasport sebelum dimuat naik pada resume tersebut. pemilihan size tulisan, jenis tulisan dan warna latar belakang resume juga perlu diambil kira untuk mengelakkan resume terlalu sarat. Selain itu, pelajar juga diajar cara untuk convert fail secara online seperti fail dari format pdf ke format microsoft word dan juga sebaliknya. sebelum print iut, pelajar dinasihatkan untuk semak kembali hasil kerja mereka untuk mengelakkan kesilapan ejaan. |
Tarikh & Hari | : |
14 & 15 Jun 2019 ( Jumaat & Sabtu ) - Dun Tawang 21 & 22 Jun 2019 ( Jumaat & Sabtu ) - Dun Pantai Irama |
Masa | : |
9.00 pagi - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 17 Orang |
Tujuan |
Kelas Facebook Ads ( Online Marketing ) |
Aktiviti |
Kursus Online Marketing ( FB Ads) ini adalah kerjasama Kelantan ICT Gateway kepada peserta mengikut dun yang telah ditetapkan iaitu Dun Tawang dan Dun Pantai Irama. Kursus ini berlangsung selama 2 hari bagi setiap dun. Facebook merupakan satu platform laman sosial dimana terdapat komuniti yang terdiri daripada kenalan langsung, kenalan tidak langsung dan bukan kenalan. Facebook Ads atau FB Ads adalah layanan iklan yang ditawarkan oleh Facebook untuk mempromosikan berbagai produk dengan berbagai macam target pasaran. Pengiklan juga dapat mengatur pasaran yang dikehendaki, contohnya jangkauan iklan tersebut hanya ditujukan untuk orang-orang yang berada di suatu kawasan, umur tertentu, berdasarkan hobi dan jenis jantina. Peserta juga diajar cara untuk meningkatkan pengiklanan dan masa -masa yang sesuai untuk iklankan produk. Peserta diberikan panduan cara untuk membina ayat-ayat copy writing untuk penarik perhatian pembeli dan kaedah closing yang lebih efektif. Selain itu, peserta juga didedahkan cara untuk mengenal scammer online supaya dapat mengelakkan sebarang kerugian. |
Tarikh & Hari | : | 17 Jun 2019 ( Isnin ) |
Masa | : |
11.30 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 4 Orang |
Tujuan |
Pendaftaran perkahwinan secara online melalui website E-Qaryah. |
Aktiviti |
Bagi pasangan yang ingin berkahwin perlu membuat permohonan online yang boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah. Pemohon hendaklah mencetak borang yang telah lengkap diisi dan hendaklah mendapatkan pengesahan anak mukim daripada Penolong Pendaftar NCR/Imam Tua Masjid Mukim di dalam borang yang dicetak. Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan oleh pemohon atau wakil (ahli keluarga sahaja). Pemohon perlu hadir ke Pejabat Agama Jajahan tempat akad nikah dijalankan (bagi permohonan berkahwin dalam negeri) ATAU jajahan tempat tinggal (bagi permohonan berkahwin ke luar negeri/negara) bersama-sama dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan. |