Tarikh & Hari | : | 22 Dis 2018 ( Sabtu ) |
Masa | : | 9.00 pagi - 10.00 pagi |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 2 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk ajar kepada pengguna tentang cara penulisan resume yang betul dan maklumat yang perlu ada dalam resume. |
Aktiviti |
Resume adalah ringkasan yang mengambarkan peribadi diri seperti kelayakan akademik, prestasi ko-kurikulum dan lain-lain. Melalui resume juga, penemuduga dapat menilai atitud seseorang itu. Resume umpamanya pandangan pertama penemuduga kepada orang yang ditemuduga itu. Peserta juga diberikan sedikit panduan tips penulisan resume dan dan kesilapan yang biasa dilakukan semasa menaip resume. Yang paling penting, resume perlu ad gambar terkini, kekemasan, bersih dan jelas. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 22 Dis 2018 ( Sabtu ) |
Masa | : | 2.30 petang - 3.30 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 3 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk ajar kepada pengguna tentang cara penulisan surat rasmi kepada pengarah urusan Lembaga Tabung Haji untuk proses rayuan menunaikan haji. |
Aktiviti |
Surat rasmi mempunyai beberapa format yang perlu pengguna tahu terutama alamat untuk dituju kepada siapa dan perkara / tujuan surat tersebut dihantar. Pengguna diajar dan dipantau secara langsung sepanjang penulisan surat tersebut. Rayuan tersebut dibuat bagi memboleh mereka menunaikan haji memandangkan kesihatan dan kewangan yang mengizinkan. Rayuan tersebut merangkumi 3 orang iaitu pengguna dan kedua ibubapa pengguna. sebelum print out, pengguna diminta untuk menyemak kembali supaya maklumat penting tidak tersalah taip dan kemas penulisannya. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 24 Nov 2018 ( Sabtu ) |
Masa | : | 4.00 petang - 6.00 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Menaip laporan jualan usahawan menggunakan microsoftword |
Aktiviti |
Peserta dapat menaip tetapi tidak mahir. peserta diajar cara untuk masukkan gambar, jadual jualan dan lain-lain. Selain itu, peserta juga diajar cara untuk save dokumen yang telah ditaip itu dalam pendrive. walaupun peserta sedikit kaku, tetapi peserta cepat belajar. mmungkin disebabkan kurang penggunaan komputer seharian. Peserta perlu menyiapkan laporan jualan beliau untuk tempoh 3 bulan sekali bagi memudahkan pemantauan jualan beliau. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 15 Dis 2018 ( Sabtu ) |
Masa | : | 8.30 pagi - 1.00 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 110 Orang |
Tujuan |
Untuk memperkenalkan Pusat Internet (PI) sebagai tempat rujukan komuniti setempat, dapat mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat. Selain itu, dapat mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran yang bersih. |
Aktiviti |
Program "Jom Sihat Bersama Pusat Internet " telah diadakan pada 15 Disember 2018 pada hari sabtu jam 8.30pagi hingga 1.00 petang. Pengisian di sepanjang program ialah pameran kesihatan dan pergigian, "Latihan Memberus Gigi dengan betul" secara praktikal sambil dipantau oleh Dr gigi, ceramah kesihatan bertajuk "Gaya Hidup Sihat", pemeriksaan kesihatan oleh pihak KOSPEN dan juga pemeriksaan gigi oleh Pejabat Pergigian Bachok. Selain itu bagi pengunjung yang memuat turun aplikasi "Dashboard Komuniti" di smartphone masing-masing, pengunjung akan diberikan t-shirt dashboard secara percuma. Manakala bagi 30 org pengunjung yang melakukan pemeriksaan kesihatan yang terawal akan diberikan saguhati medical kit juga secara percuma. Dipenghujung program, slot yang amat dinantikan oleh semua pengunjung ialah sesi cabutan no bertuah. Terdapat banyak hadiah-hadiah cabutan yang disediakan oleh pihak pusat internet. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah :- - Pertandingan Mewarna Poster Online kategori kanak-kanak. - Pertandingan Minum Jus Segar kategori dewasa - Pertandingan Push Up Warrior kategori lelaki - Pertandingan Game Kahoot menggunakan smartphone & komputer kategori terbuka - Pertandingan Saper Terer / Tagging Pusat Kesihatan serta Farmasi yang terbanyak di daerah bachok kategori terbuka
|
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 25 Nov 2018 ( Ahad ) |
Masa | : | 11.00 pagi - 1.00 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 7 Orang |
Tujuan |
E-Pembelajaran Game Kahoot (Klik Dengan Bijak ) |
Aktiviti |
Kahoot adalah aplikasi yang boleh digunakan dilog masuk menggunakan smartphone dan juga komputer. Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk latih tubi pelajaran secara santai beramai-ramai. Soalan kuiz akan dipaparkan pada skrin utama manakala pelajar perlu menjawab / menekan jawapan menggunakan komputer masing-masing. Kepantasan menjawab dengan betul akan mempengaruhi jumlah markah yang akan diperolehi. jadi game ini akan dapat menguji minda pelajar untuk lebih tangkas dan pantas dalam membuat keputusan. Selain itu, pelajar diajar cara untuk menyertai Kuiz Dashbaord 2018 anjuran Pusat Internet setiap tahun. ramai yang kurang tahu cara untuk menyertainya. soalan kuiz dashboard berkisarkan tentang pengetahuan peserta berkaitan pusat internet. hadiah yang disediakan buat pemenang juga lumayan. setiap modul mengandungi hanya 20 soalan sahaja. |
Gambar Di Sini |