Tarikh & Hari  17 & 18 Feb 2019 ( Ahad & Isnin )
Masa

 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   2 Orang 

Tujuan 

Latihan Asas Media Baru, Mengenal Perkakasan Komputer, Pengenalan Asas Microsoft Word (Menaip Surat, Penulisan Artikel dll)

Aktiviti 

Kelas ini disertai oleh 2 orang pelajar tingkatan 5. Pertama, perkara yang diajar dalam kelas ini ialah Latihan Asas Media Baru seperti pendaftaran akaun gmail dan facebook. Peserta diajar cara menulis email, menyemak peti masuk dan hantar serta cara memuatnaik fail / dokumen dalam email tersebut. Kedua, pelajar didedahkan dengan perkakasan komputer secara dekat serta fungsinya seperti cpu, power supply, tetikus dan sebagainya.

Selepas itu, pelajar diterangkan secara lanjut tentang pengenalan microsoft word, asas menaip dan fungsi setiap ikon / label pada microsoft word tersebut. Penting untuk pelajar ketahui lanjut tentang microsoft word kerana setiap tugasan yang diberikan guru banyak melibatkan kerja-kerja menaip dan carian google. Untuk melancarkan lagi pemahaman pelajar tentang apa yang dipelajari, pelajar diberikan beberapa latihan pengukuhan seperti menaip surat rasmi, penulisan artikel, menghasilkan jadual dan resume.

Gambar Di Sini