PROFIL DAERAH TANJUNG PAUH

 

Ditadbir oleh seorang Penggawa serta 5 orang Penghulu Mukim. (Lihat Organisasi)

 

pejabat penggawa

Pejabat Penggawa 



SEJARAH DAN LATARBELAKANG DAERAH TANJUNG PAUH

Daerah Tanjong Pauh ialah salah satu daerah yang terletak di dalam Jajahan Bachok. Terdiri daripada 5 Mukim Penghulu dan 6 Masjid Mukim. Disebelah utara bersempadan dengan Daerah Tawang, disebelah selatannya Bekelam, disebelah timur Repek dan Perupok dan sebelah barat Jajahan Kota Bharu.

Jarak daerah ini dengan bandar Bachok lebih kurang 6 KM dengan Bandar Kota Bharu pusat pentadbiran negeri ialah 18km. Luas Daerah Tanjung Pauh ialah 11.82 km persegi dan penduduknya ialah sekitar 15,300 orang.



SEJARAH RINGKAS

 

Nama Tanjung Pauh ialah sempena  bagi nama sebuah kampung yang diduduki oleh Penggawa pada zaman pemerintahan British. Diwaktu itu kampung yang terpencil ini yang hanya didiami beberapa buah kelurga sahaja. Sebelum merdeka  daerah ini sangat mundur dan terpencil kerana tiada jalan-jalan penghubung serta apa-apa kemudahan asas. Sungai adalah salah satu daripada jalan penghubung daerah ini dengan dunia luar.

 

Selepas merdeka , Daerah ini turut menerima faeadah kemajuan yang dirancang oleh pemerintah yang mana sebatang jalan yang menghubungkan antara Pekan Beris Kubor Besar dengan Kota Bharu telah dibina pada tahun 1959. Pada tahun 1993 pihak M.T.C telah membuat percubaan menanam tembakau di daerah ini dan ianya telah berjaya, sejak itu ianya melangkah setapak demi setapak menuju kejayaan dan sudut pendapatan penduduk daerah ini. Hari ini Daerah Tanjong Pauh adalah satu daerah yang bernasib baik kerana telah mendapat kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya dari kerajaan disamping mempunyai sumber ekonomi yang kukuh.

 

Profil & SEJARAH BERIS KUBOR BESAR

 

Merupakan salah satu mukim dibawah Daerah Tanjung Pauh. 

Mukim Beris Kubor Besar Terdiri daripada 8 kampung iaitu (Lihat Organisasi)

1. Kg Beris Kubor Besar

2. Kg Pondok Beris Kubor Besar

3. Kg Hj Wanik

4. Kg Tok Likong

5. Kg Burung Hantu

6, Kg Bawah lembah Penghulu Kob

7. Kg Darat

8. Kg Kulim

Source : Pejabat Penggawa.& Web Pejabat Tanah & Jajahan Bachok

Kawasan tanah di jajahan Bachok kebanyakannya adalah jenis tanah beris. Mengambil sempena tanah beris terdapat banyak kampung yang menggunakan nama 'beris'
Antara nama kampung yang menggunakan nama 'beris' di Bachok ialah Kampung Beris Lalang, Kampung Beris Tengah, Kampung Beris Pintu Gerbang, Kampung Beris Panchur dan Kampung Beris Kubur Besar.
Kampung Beris Kubur Besar dipercayai mengambil nama terdapatnya kawasan perkuburan yang agak luar di kampung tersebut. Dahulu kawasan kubur itu jelas kelihatan jika melalui Jalan Kota Bharu - Bachok, namun sekarang agak terlindung dengan bangunan yang berada di kawasan itu.
Kampung Beris Kubur Besar kini semakin maju selari dengan pembinaan pusat perniagaan di kawasan berkenaan. Malah pernah diwar-warkan bahawa kawasan Kampung Beris Kubur Besar adalah bandar baharu bagi jajahan Bachok.
Jarak Kampung Beris Kubur Besar dengan pekan Bachok adalah kira-kira 6 kilometer dan 18 kilometer dari bandar Kota Bharu. Jalan raya Bachok - Kota Bharu dibina pada tahun 1959 melalui Binjai dan Kubang Kerian.

 Credit : FB Kelantan State