Tarikh & Hari | : | 23 Mac 2019 ( Sabtu ) |
Masa | : |
2.00 petang - 6.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 20 Orang |
Tujuan |
Berkongsi ilmu kecantikan dan kesihatan bersama peserta Bengkel Spa & Make Up. |
Aktiviti |
Peserta yang menghadiri kelas ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Sebelum kelas bermula, sesi perkenalan diantara pengajar dan semua peserta bagi menyesuaikan diri sepanjang perjalanan kelas. Peserta diajar untuk mengenali lapisan kulit, jenis-jenis kulit kerana setiap orang memiliki jenis-jenis kulit yang berbeza bergantung kepada beberapa faktor iaitu kulit semulajadi, produk skincare yang digunakan dan rutin cara penjagaan kulit masing-masing. Salah penggunaan produk skincare akan memberi kesan kepada kulit samada untuk jangka masa panjang atau pendek. Selepas itu, peserta diajar cara membersihkan muka dan mengurut wajah dengan betul iaitu menggunakan 3 jari kecantikan. Selesai membersih, peserta di berikan mask untuk sebelah muka sahaja untuk peserta membuat penilaian sendiri kesan pemakaian mask. 5 asas rutin penjagaan muka iaitu pembersih, mask, toner, pelembap dan foundation / bedak asas. Peserta diajar cara pemilihan foundation yang betul bersesuaian dengan kulit wajah. Peserta juga diberikan peluang untuk memilih sendiri warna gincu yang diminati berpandukan kepada nasihat pengajar. Kelas berlangsung secara santai dan harmoni. |