Tarikh & Hari | : | 10 Mac 2019 ( Ahad ) |
Masa | : |
10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 6 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk ajar kepada Ibubapa / Penjaga cara pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 online. |
Aktiviti |
Pendaftaran Prasekolah - Syarat utama permohonan E-Prasekolah adalah warganegara Malaysia dan kanak-kanak yang pada 2 januari 2014 hingga 15 januari 2016 sahaja yang layak memohon. Untuk mendaftar, Ibubapa / Penjaga diminta melayari laman website https://eprasekolah.moe.gov.my. Maklumat kanak-kanak, ibubapa, sekolah yang dimohon adalah maklumat yang perlu diisi semasa proses pendaftran tersebut. Pendaftaran Tahun 1 - Untuk melancarkan proses pendaftaran tahun 1 ambilan 2020/2021, Ibubapa/Penjaga perlu membawa sijil lahir kanak-kanak, maklumat ibubapa dan yang paling utama, buku rekod kesihatan kanak-kanak untuk maklumat imunisasi. Untuk mendaftar, Ibubapa / Penjaga diminta melayari laman website https://public.moe.gov.my @ SPATKPM. Bagi ibubapa yang terlupa kata laluan, boleh tekan lupa "kata laluan" dan kata laluan yang baru akan dihantar kepada email ibubapa. Sistem ini hanya boleh dikemaskini sebnayak 3 x sahaja selepas permohonan telah dihantar. Jadi, ibubapa dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu sebelum menekan butang hantar permohonan. |