Nama Usahawan  Hamidah Binti Mohd Amin
Nama Produk  Budu

 

Pengusaha Budu yang berasal dari Kampung Hujung Repek, Bachok, Kelantan ini sudah berkecimpung dalam industri pembuatan budu sejak lebih 18 tahun lalu menggunakan resepi tradisi warisan bapanya, Mohd Amin bin Jenal, 70, dan namanya sudah cukup sinonim dengan masyarakat di negeri itu.

“Sebelum membuka kilang budu, saya dan suami, (Mohd Asri Mokhtar, 42,) menjalankan perusahaan memproses kicap, tetapi tidak bertahan lama sebelum beralih kepada perusahaan budu. Berbekalkan modal awal sebanyak RM12,000, saya hanya menjalankan perusahaan ini bersama keluarga, sebelum mengembangkan perniagaan secara komersial,” katanya.

Jelasnya, bukan untuk menghasilkan makanan unik ini, apatah lagi cabaran untuk mengekalkan mutu rasanya kerana jika tersilap ramuan ia boleh merosakkan keasliannya.

Kini, ibu kepada empat ini mampu tersenyum bangga apabila budu keluarannya turut menembusi pasaran Thailand. Budu keluaran syarikatnya yang dikenali sebagai Pati Bilis Sejati dan Selera Kampung Cap Petai itu mendapat sambutan menggalakkan dengan kadar pengeluarannya mencecah sehingga 24,000 botol sebulan.

“Budu ini dengan harga antara RM1 hingga RM1.70 sebotol. Saya bersyukur dengan perusahaan ini, saya mampu menampung kehidupan keluarga dan memenuhi impian untuk memiliki kereta dan idaman. Lebih membanggakan, perusahaan ini sebenarnya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar kampung ini. Sehingga kini kami mempunyai 20 pekerja, semuanya penduduk kampung ini,” katanya.

Kebanyakan pekerja adalah wanita terdiri daripada suri rumah yang ditugaskan di bahagian pembungkusan termasuk mengisi budu yang siap dimasak ke dalam bot sebelum dipasarkan. Beliau mengakui menghadapi masalah mendapatkan bekalan ikan bilis terutama menjelang musim Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh kerana ketika itu nelayan tidak turun ke laut menangkap ikan disebabkan ombak besar dan angin kencang.

Bagi mengatasi masalah bekalan ikan tidak menentu pada musim tengkujuh, beliau terpaksa mengimport ikan bilis segar daripada negara jiran, Thailand.

PROFIL

NAMA: Hamidah Mohd Amin,40 (lahir: 1969 )

SUAMI: Mohd Asri Mokhtar, 42 

ANAK:

Nor Fatma Mohd Asri, 17;

Nor Hafiza Mohd Asri, 14;

Nor Najihah Mohd Asri, 11;

Mohd Adlin Mohd Asri, 5. 

PENDIDIKAN:-

   - Sekolah Kebangsaan (SK) Badak, Kelantan.

   - Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Bachok, Kelantan.

NAMA PRODUK:-

   - Pati Bilis Sejati

   - Selera Kampung Cap Petai

Sumber cerita: detoksir.blogspot.my

 

Nama Usahawan   :   Puan Noraini Hj Jusoh 
 Nama Produk  :  Atap Singgora.

Puan Noraini Hj Jusoh. Selesa dengan panggilan Kak Ani. Beliau merupakan keturunan ke 5 yang mengusahakan bengkel membuat atap genting senggora ini. Diwarisi dari datuk, bapa, kini perusahaan ini digiatkan oleh beliau bersama adik iparnya.

Tahun-tahun dahulu. Kak Ani memulakan kisah genting senggora dari situ. Tahun 1960. Katanya terdapat lebih kurang 40 bengkel pembuatan atap genting senggora di sepanjang tebing sungai kampung ini. Sungai yang bertemu laut menghasilkan tanah liat yang terbaik isi mineralnya, menjadikan kampung tersebut mewah dengan perusahaan ini. Kandungan mineral tanah liat amat penting dalam menghasilkan kepingan atap yang bermutu, seperti yang ada di sini. Kenyataan ini disokong dengan fakta kajian seorang pengkaji yang banyak menyokong usaha Kak Ani.

Atap daripada tanah liat ini, pada asalnya diperkenal dan dibawa masuk dari Singgora (Songkhla), sebuah wilayah di Segenting Kra, Selatan Thailand namun teknik pembuatannya telah tersebar ke Kelantan dan Terengganu yang kini kekal mendapat sambutan penduduk setempat.

Bagaimanapun dek perubahan dan pengenalan teknologi baharu yang moden dalam pembinaan rumah yang lebih cepat dan kos efektif, atap senggora tidak lagi mendapat sambutan seperti dahulu. Namun kini, ia semakin mendapat tempat di kalangan pengusaha-pengusaha resort.

Sehingga kini, perusahaan atap Singgora Kampung Pengkalan Baru merupakan satu-satunya yang masih terdapat di Malaysia

Puan Noraini Hj Jusoh

No. Tel : 019-928 1379
Alamat : Atap Singgora, Kg Pengkalan Baru, Tanjung Pauh, Bachok, Kelantan.
FB: https://www.facebook.com/bataatap.singgora

Sumber Rujukan:

1.Puan Noraini Hj Jusoh (Pengusaha Atap Singgora)
2.Bernama | 7 Disember 2014 | Oleh Rosmawati Zawawi
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php…
3.Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara: Jilid 2 - Meneliti Kosmologi dan Adat Istiadat
https://books.google.com.my/books…