Tarikh & Hari | : | 26 Jan 2019 ( Sabtu ) |
Masa | : |
10.00 pagi - 1.00 petang - Sesi Pagi 2.00 Petang - 5.00 Petang - Sesi Petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 60 Orang |
Tujuan |
Bengkel meroti sampai reti dan peluang menjana pendapatan sampingan. |
Aktiviti |
Bengkel ini dibahagikan kepada 2 sesi diatas penyertaan peserta yang ramai. Setiap sesi dihadiri seramai 30 orang peserta. peserta diberikan beberapa resipi roti dan resipi pembuatan mee sebagai resipi tambahan. Bengkel ini mengaplikasikan pembuatan mee dan roti menggunakan alat pemudahcara yang buat suri rumahtangga sepert Pengadun dan Pembakar Roti (2 in 1) dan Pengadun mee. Peserta dapat menikmati hasil air tangan mereka sendiri setelah roti siap dibakar. Disamping itu, melalui bengkel ini peserta dapat menjana pendapatan sampingan. Peserta didedahkan dengan sedikit cara / tips untuk menjana pendapatan bagi sesiapa yang berminat. |
Tarikh & Hari | : | 19 Jan 2019 ( Sabtu ) |
Masa | : | 9.30 pagi - 1.30 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 8 Orang |
Tujuan |
Bengkel Kecantikan & Peluang Kerjaya |
Aktiviti |
Bengkel Usahawan Kecantikan ini membuka banyak peluang kepada peserta yang berminat dalam bidang ini. Peserta bukan sahaja diberikan tips menjaga dan menghias diri seperti Spa Tangan, Spa Muka dan Belajar Asas Mekup. Dalam bengkel ini peserta dapat melakukan praktikal spa serta merasai sendiri kelebihan sebelum dan selepas berspa. Peserta juga diajar cara pemilihan produk kosmetik yang betul supaya terhindar dari kosmetik beracun. Selain itu, peserta juga dapat membina kerjaya dengan menjana pendapatan sampingan / tetap. |
Tarikh & Hari | : | 21 Jan 2019 ( Isnin ) |
Masa | : | 9.30 pagi - 11.30 pagi. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk ajar cara penulisan minit mesyuarat yang ringkas dan padat. |
Aktiviti |
Penulisan minit mesyuarat adalah tugasan wajib yang perlu dilakukan apabila berada dalam sesebuah organisasi. Ahli mesyuarat yang dipertanggungjawabkan menulis minit mesyuarat perlulah mahir dalam penulisan. Untuk menghasilkan minit mesyuarat yang mudah, lengkap dan berkualiti,anda perlu melalui beberapa fasa iaitu sebelum mesyuarat, semasa mesyuarat dan selepas mesyuarat. Rangka minit mesyuarat itu akan dijadikan sebagai panduan untuk membuat minit mesyuarat yang rasmi sebelum dihantar kepada pengerusi untuk mendapat kelulusan. Untuk menghasilkan minit mesyuarat, jangan ambil mudah dengan format minit mesyuarat, kerana format ini amat penting untuk menghasilkan minit mesyuarat yang betul. Antara perkara yang perlu ada dalam minit mesyuarat adalah Tajuk Minit Mesyuarat, Bil/Tahun, Tarikh, Masa, Tempat, Kehadiran (senarai nama mengikut kedudukan jawatan), Catatan Mesyuarat, Urusetia (catatkan nama bahagian / unit yang bertanggungjawab menguruskan mesyuarat) dan Tarikh (catatkan tarikh minit mesyuarat pada hari berkenaan). Semasa penulisan minit mesyuarat ini, peserta perlu menggunakan ayat yang ringkas, padat, mudah difahami dan jelas. Minit mesyuarat sangat penting untuk dijadikan sebagai rujukan dalam sesebuah organisasi. Ia salah satu cara pantas jika pihak organisasi mahu melihat perkara-perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam perbincangan sebelum ini. Selain itu, dengan wujudnya minit mesyuarat yang betul pihak organisasi dapat mengetahui isu berbangkit yang ada, secara tidak langsung hal ini akan meningkatkan mutu kualiti kerja dalam organisasi itu sendiri. Peserta disarankan menyemak terlebih dahulu setiap patah perkataan bagi mengelakkan kesilapan ejaan atau bahasa yang digunakan semasa mengolah terutama dibahagian isi-isi penting. Selepas siap di semak, peserta diajar untuk menyimpan dokumen dalam pendrive dan print out dokumen tersebut. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 18 Jan 2019 ( Jumaat ) |
Masa | : | 10.00 pagi - 1.00 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 8 Orang |
Tujuan |
Pendaftaran akaun gmail, mengenal perkakasan komputer dan asas microsoft word (table) |
Aktiviti |
Asas microsoft word amat penting dalam duniat ICT kini. Bukan hanya pelajar perlu belajar, ibubapa dan para usahawan IKS juga digalakkan untuk belajar. 3 perkara utama asas tentang komputer yang telah dipelajari oleh para peserta. pertama, peserta diajar cara untuk mendaftar akaun gmail, menulis email, menghantar dan menyemak email serta attach file pada email. Kedua, peserta didedahkan dengan lebih dekat dengan perkakasan komputer seperti pengoperasian komputer secara kasar, input output komputer seperti mouse, keyboard, printer dan speaker. Ketiga, pelajar diajar asas menaip dan cara menghasilkan table / jadual. Sebelum tamat kelas, peserta diberikan 1 latihan untuk dipraktiskan apa yeng dipelajari sepanjang kelas tersebut. Kelas ini diserta oleh pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. |
Gambar Di Sini - Pendaftaran Akaun Gmail. Gambar Di Sini - Mengenal Perkakasan Komputer & Asas Microsoft Word. |
Tarikh & Hari | : | 22 Dis 2018 ( Sabtu ) |
Masa | : | 10.00 pagi - 1.00 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk penerangan lanjut tentang Latihan Asas E-Rezeki. |
Aktiviti |
E-Rezeki adalah salah satu platform untuk menjana pendapatan sampingan dibawah seliaan Mdec. Syarat utama untuk menyertai E-Rezeki adah berpendapatn rm4000 kebawah, warganegara malaysia dan berumur 18 tahun keatas. Pendaftaran adalah percuma. Program ini mendapat sambutan dikalangan belia yang sedang menganggur dan suri rumah. Setiap langkah pendaftaran dan cara kerja akan diajar langkah demi langkah oleh petugas. peluang pekerjaan sampingan yang terdapat dalam platform ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Tugasan Mikro Digital, Tugasan Digital dan Tugasan Bukan Digital. Syarikat yang berada dibawah program ini semua telah berdaftar dan telah melalui tapisan oleh pihak MDEC dan SKMM. Jadi, peluang untuk peserta ditipu amatlah tipis. Peserta juga dipertontonkan dengan video testimoni oleh peserta yang telah berjaya melakukan kerja dalam platform ini. |
Gambar Di Sini |