Tarikh & Hari  2 Julai 2020
Masa

 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi   Bilik Latihan Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   1 Orang 

Tujuan 

    • Peperiksaan Online Listening Bahasa Ketiga - Francis

Aktiviti 

      • Pelajar ini adalah pelajar tahun ke 3 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Antara kursus pilihan bebas yang ditawarkan UPSI adalah kursus bahasa asing. Kursus ini mempunyai pelbagai jenis bahasa antaranya bahasa Arab, Jepun, Perancis, Thailand, Sepanyol dan Mandarin. Setiap kursus bahasa ini mempunyai tahap-tahap yang tertentu bergantung kepada bahasa itu sendiri. Pelajar yang mengikuti bahasa tersebut, perlulah bermula dari tahap pertama dan pelajar tidak semestinya menghabiskan tahap keseluruhan bahasa. Bahasa ketiga pilihan pelajar ini adalah bahasa perancis. Beliau memilih bahasa Perancis kerana bahasa ini tidak jauh beza dengan bahasa Inggeris. Oleh itu, ianya agak senang dipelajari berbanding bahasa lain yang perlu mempelajari bentuk penulisan dan huruf-huruf tertentu. Beliau juga mengambil kursus bahasa ini disebabkan oleh minat beliau sendiri dan bahasa Perancis pula adalah salah satu bahasa yang paling banyak digunakan di seluruh dunia.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  16 Jun 2020
Masa

 9.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   1 Orang 

 

Tujuan 

    • Pengajaran atas talian (tutor) adalah normal baru menggunakan medium Google Meet.

Aktiviti 

      • Membantu tutor membuat persedian mengajar secara atas talian melalui medium google meet. Beliau mengajar dan juga memberi tugasan secara atas talian kepada para pelajarnya. Pelajar dan guru dapat membuat kelas di mana-mana sahaja selagi terdapat capaian internet dengan kelajuan yang bersesuaian. Segala cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan pengajaran atas talian dilihat sebagai perkara yang dapat diatasi dalam masa yang singkat memandangkan ia merupakan sata-satunya platform yang ada sebagai perantaraan di sepanjang PKP ini.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  7 Mac 2020
Masa

 10.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   10 Orang 

Tujuan 

    • Memberi tunjuk ajar cara untuk membuat Perdaftaran Prasekolah dan Tahun 1 secara atas talian.

Aktiviti 

      • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para ibu dalam membuat Perdaftaran Prasekolah dan Tahun 1 secara atas talian. Bagi pendaftaran prasekolah, para ibu perlu melalui website ( https://eprasekolah.moe.gov.my/ ) manakala untuk pendaftaran tahun 1 pula melalui website ( https://public.moe.gov.my/ ). Semasa pendaftaran tersebut, para ibu diajar langkah demi langkah seperti cara untuk mendaftar sebagai pengguna, jika terlupa kata laluan, cara untuk semak kata laluan tersebut. Antara dokumen yang perlu dibawa bersama semasa pendaftaran atas talian ialah sijil lahir anak, buku imunisasi anak, maklumat lengkap ibubapa atau penjaga. Pemilihan sekolah yang dimohon bergantung kepada alamat semasa pemohon. Ramai para ibu yang mempunyai masalah dibahagian pengisian tarikh imunisasi anak dan staff akan bantu para ibu. Selepas selesai mengisi maklumat lengkap, para ibu diminta untuk semak terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan kerana bagi permohonan tahun 1, para ibu hanya boleh mengemaskini permohon sebanyak 3x sahaja jika berlaku kesilapan atau perubahan. Siap disemak, para ibu diajar cara untuk print out permohonan tersebut untuk disahkan oleh penghulu bersama dokumen yang berkaitan sebelum diserahkan kepada pihak sekolah yang dipohon.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  15 Jun 2020
Masa

 11.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   1 Orang 

Tujuan 

    • Mesyuarat atas talian - normal baru

Aktiviti 

      • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru yang ingin melakukan mesyuarat atas talian selaras dengan saranan kerajaan untuk mengelakkan dari berkumpul ramai-ramai bagi membendung penularan wabak covid-19. Dengan pelaksanaan PKP, mesyuarat secara bersemuka dengan kehadiran secara fizikal ahli mesyuarat tidak dapat dilaksanakan lagi seperti sebelum ini. Mesyuarat dalam talian menerusi alatan komunikasi seperti Webex, Zoom, Microsoft Team, Google Meet, Streamyard dan sebagainya adalah merupakan pilihan yang ada pada masa kini. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai selagi terdapat capaian internet dengan kelajuan yang bersesuaian dengan keperluan. Selain itu, sesi mesyuarat juga dapat direkoskan untuk rujukan di masa akan datang dan hasil rakaman juga boleh dijadikan sebagai minit mesyuarat dalam bentuk digital.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  1 Mac 2020
Masa

 4.00 petang - 6.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   5 Orang 

Tujuan 

    • Memberi tunjuk ajar cara untuk membuat Permohonan Bantuan Pengajian Ke IPTA Secara Online

Aktiviti 

      • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada bakal-bakal pelajar IPTA dalam membuat Permohonan Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPTA bagi menampung perbelanjaan pengajian mereka seperti Bantuan Wang Ehsan JPP & Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Permohonan tersebut perlu dibuat secara atas talian dan pelajar perlu mencetak serta print out permohonan tersebut sebelum disahkan oleh penghulu bersama dokumen-dokumen sokongan seperti surat tawaran, salinan kad pengenalan, salinan akaun bank dan lain-lain. Selepas itu, pelajar perlulah menghantar dokumen-dokumen tersebut ke Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan untuk proses seterusnya.

Gambar Di Sini