Tarikh & Hari  21 Februari 2020
Masa

 10.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   2 Orang 

Tujuan 

    • Memberi tunjuk ajar cara menggunakan Microsoft Excel langkah demi langkah.

Aktiviti 

      • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada 2 orang pelajar tentang asas microsoft excel. Diawal kelas, pelajar diberikan penerangan lanjut tentang fungsi setiap ikon pada microsoft excel seperti operasi aritmatik yang menggunakan rumus (tambah. tolak, bahagi, darab, peratusan & lain-lain.)  Selain itu, pelajar diajar cara untuk hasilkan jadual, graf, carta organisasi dan lain-lain. Sebelum Print out, pelajar diminta untuk menyemak terlebih dahulu supaya kesilapan dapat dikurangkan. 

 

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  23 Februari 2020
Masa

 11.00 petang - 1.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   5 Orang 

 

Tujuan 

    • Memberi bimbingan kepada pengguna berkaitan dengan cara mengisi permohonan dan upload dokumen

Aktiviti 

      • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada 5 orang pengguna yang masing-masing ingin memohon pekerjaan USM secara Online. Pengguna diajar cara untuk mendaftar dan mengemaskini permohonan. terdapat hampir 20 jawatan kosong. Pengguna terlebih dahulu perlu mengisi maklumat peribadi dan akademik sebelum padanan jawatan yang bersesuai dengan kelayakan dipilih oleh system. Jawatan tersebut dibuka pada 16 Feb 2020 hingga 25 Feb 2020 sahaja. Pemohon perlu memuat naik dokumen / sijil ke dalam sistem dalam format pdf. Hanya calon yang melepasi ujian saringan sahaja akan dipanggil ke sesi temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 6 bulan, maka permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  20 Januari 2020
Masa

 10.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   1 Orang 

Tujuan 

    • Latihan Asas Microsoft Office ( Microsoft Excel )

Aktiviti 

      • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada Pn. Zaitun, yang merupakan peserta wanita yang berkerjaya. Beliau merupakan seorang jururawat, akan tetapi dek kerana dunia ICT sekarang menyebabkan beliau terpaksa juga belajar sedikit sebanyak tentang dunia komputer. Antara subjek yang beliau belajar ialah latihan asas microsoft office ( word, excel dan powerpoint), carian google, asas multimedia dan asas perkakasan komputer. Untuk subjek microsoft excel, 1 hari dari pagi hingga petang diperuntukkan supaya beliau betul-betul faham dan dapat mengaplikasikan terus ilmu yang dipelajari sepanjang hari itu melalui latihan yang diberikan. jika beliau mengalami sebarang masalah, beliau boleh bertanya terus dengan petugas tanpa segan silu kerana bliau dipantau secara langsung. Microsoft excel sedikit rumit berbanding microsoft word dan powerpoint akan tetapi jika betul-betul faham dengan konsep tersebut, beliau berjaya seperti operasi aritmetik, carta, graf dan pivot table.

 

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  14 Februari 2020
Masa

 4.00 petang - 6.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   3 Orang 

 

Tujuan 

    • Memberi bimbingan kepada pengguna berkaitan dengan asas microsoft word dalam menyiapkan tugasan sekolah.

Aktiviti 

      • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada 3 orang pelajar tingkatan 6 berkaitan asas menaip menggunakan microsoft word dalam menyiapkan tugasan sekolah. Asas menaip termasuklah juga cara untuk setting jadual, margin dan juga cara untuk resize gambar sebelum dimuatnaik ke dokumen tersebut. Sebelum dokumen di print out, pengguna dinasihatkan untuk semak terlebih dahulu sebelum print bagi mengurangkan kesilapan berlaku dan begitu juga cara untuk menyimpan dokumen yang telah ditaip ke dalam pendrive serta email. Pengguna diajar cara untuk mendaftar wifi komuniti secara percuma bagi membolehkan pengguna menggunakan internet di laptop masing-masing. jika pengguna menghadapi sebarang masalah, pengguna dapat bertanya terus kepada petugas tanpa segan silu.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  4 Januari 2020
Masa

 2.30 petang - 3.30 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   2 Orang 

Tujuan 

    • Penulisan resume untuk permohonan kerja kosong bagi golongan belia.

Aktiviti 

      • Memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada 2 orang pelajar golongan belia dalam menghasilkan resume yang ringkas dan padat. Para pelajar diajar langkah demi langkah dan jika pelajar kurang faham, mereka boleh bertanya terus kepada petugas. Selain itu, mereka juga diajar cara untuk resize gambar sebelum memuat naik pada resume tersebut. Antara maklumat penting yang perlu ada dalam resume adalah maklumat diri, tahap pendidikan, kemahiran yang ada, pengalam pekerjaan dan juga rujukan. Kekemasan setiap resume perlu dititikberatkan kerana resume adalah penampilan pertama mereka kepada bakal majikan.

 

Gambar Di Sini