Tarikh & Hari | : | 29 April 2019 ( Isnin ) |
Masa | : |
10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 7 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk ajar cara menyunting gambar dan muatnaik gambar produk ke platform Myshop Dashboard Komuniti. |
Aktiviti |
Para peserta terdiri daripada pelajar lepasan sekolah yang ingin berjinak-jinak dalam bidang perniagaan atas talian. Peserta diajar cara untuk menyunting gambar produk atau menambah "water mark". "Water mark" itu menunjukkan identiti produk seseorang yang berbentuk logo atau tulisan. "Water mark" berfungsi untuk melindungi hasil karya atau gambar produk usahawan dari dicetak rompak. Peserta juga diajar cara menggunakan whatsapp web untuk dapatkan gambar produk tanpa menggunakan kabel. Selepas gambar siap disunting, peserta diterangkan dengan lebih lanjut tentang fungsi setiap ikon pada Dashboard Komuniti iaitu Myhealth, Mykomuniti, Myshop, Mysoal, Myplace dan Myskool. Selepas peserta memuatnaik gambar produk, keterangan produk dan terma syarat yang ditetapkan oleh peserta sendiri seperti cas COD, peserta akan hantar permohonan produk untuk bersiaran di Myshop Dashboard Komuniti. Pihak admin akan kemaskini permohonan peserta sebelum diluluskan. Produk yang bersiaran di Platform Myshop Dashboard Komuniti akan dapat dicari atau dilihat oleh semua pengguna yang berdaftar dengan pusat internet seluruh malaysia, termasuk Sabah & Sarawak. |