Tarikh & Hari | : | 17 Jun 2019 ( Isnin ) |
Masa | : |
11.30 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 4 Orang |
Tujuan |
Pendaftaran perkahwinan secara online melalui website E-Qaryah. |
Aktiviti |
Bagi pasangan yang ingin berkahwin perlu membuat permohonan online yang boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah. Pemohon hendaklah mencetak borang yang telah lengkap diisi dan hendaklah mendapatkan pengesahan anak mukim daripada Penolong Pendaftar NCR/Imam Tua Masjid Mukim di dalam borang yang dicetak. Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan oleh pemohon atau wakil (ahli keluarga sahaja). Pemohon perlu hadir ke Pejabat Agama Jajahan tempat akad nikah dijalankan (bagi permohonan berkahwin dalam negeri) ATAU jajahan tempat tinggal (bagi permohonan berkahwin ke luar negeri/negara) bersama-sama dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan. |