Tarikh & Hari

14 & 15 Jun 2019 ( Jumaat & Sabtu ) - Dun Tawang

21 & 22 Jun 2019 ( Jumaat & Sabtu ) - Dun Pantai Irama

Masa

 9.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   17 Orang 

Tujuan 

Kelas Facebook Ads ( Online Marketing )

Aktiviti 

Kursus Online Marketing ( FB Ads) ini adalah kerjasama Kelantan ICT Gateway kepada peserta mengikut dun yang telah ditetapkan iaitu Dun Tawang dan Dun Pantai Irama. Kursus ini berlangsung selama 2 hari bagi setiap dun. Facebook merupakan satu platform laman sosial dimana terdapat komuniti yang terdiri daripada kenalan langsung, kenalan tidak langsung dan bukan kenalan. Facebook Ads atau FB Ads adalah layanan iklan yang ditawarkan oleh Facebook untuk mempromosikan berbagai produk dengan berbagai macam target pasaran. Pengiklan juga dapat mengatur pasaran yang dikehendaki, contohnya jangkauan iklan tersebut hanya ditujukan untuk orang-orang yang berada di suatu kawasan, umur tertentu, berdasarkan hobi dan jenis jantina. Peserta juga diajar cara untuk meningkatkan pengiklanan dan masa -masa yang sesuai untuk iklankan produk. Peserta diberikan panduan cara untuk membina ayat-ayat copy writing untuk penarik perhatian pembeli dan kaedah closing yang lebih efektif. Selain itu, peserta juga didedahkan cara untuk mengenal scammer online supaya dapat mengelakkan sebarang kerugian.

Gambar Di Sini - Dun Tawang

Gambar Di Sini - Dun Pantai Irama