Tarikh & Hari | : | 6 Mei 2018 ( Ahad ) |
Masa | : | 10.00 pagi - 3.00 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet 1Malaysia Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 15 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk ajar cara pengisian maklumat tenaga pengajar Kemas dalam Sistem HRMIS. |
Aktiviti |
Tenaga pengajar Kemas sekitar Bachok seramai 15 orang membuat pengisian maklumat diri dan pengurusan tabika kemas masing - masing melalui sistem HRMIS. Sistem ini adalah penambahbaikan daripada sistem yang lepas. Penambahbaikan ini bertujuan untuk memudahkan proses penilaian di mana sistem secara automatik akan memasukkan markah penilaian dan ulasan PPP ke ruangan PPK apabila Pegawai Penilai berkenaan menghantar kepada urusetia PPSM. Setiap tadbir urus tabika juga perlu dinyatakan supaya pengurusan sentiasa berada dalam keadaan baik dan teratur. Sistem ini dapat menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paperless. Antara maklumat pengurusan yang perlu dikemaskini ialah tadbir urus tabika, laporan aktiviti tabika, menganjur / menghadiri Program Jabatan Kemas dan lain-lain tentang dokumentasi tabika. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 4 Mei 2018 ( Jumaat) |
Masa | : | 10.00 pagi - 1.00 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 21 Orang |
Tujuan |
Pengenalan kepada media sosial (Facebook, FB Pages & Instagram) |
Aktiviti |
Kelas ini memberikan pendedahan tentang cara membina akaun media sosial seperti diatas untuk dijadikan salah satu platform pemasaran kepada produk usahawan. Peserta juga diajar cara untuk memuatnaik gambar / video ke akaun media sosial masing-masing. Jika dilihat bukan hanya para peniaga kecil sahaja yang menggunakan media sosial untuk aktiviti pemasaran mereka, malah terdapat juga syarikat-syarikat besar juga turut tidak ketinggalan untuk menggunakan media sosial bagi aktiviti pemasaran mereka. Pemasaran melalui media sosial merupakan salah satu cara pemasaran yang berkesan jika diaplikasikan dengan cara yang betul. Kos pengiklanan mereka juga dapat diminimakan dengan menggunakan media sosial. Selain dapat menjimatkan kos pengiklanan, produk mereka juga secara tidak langsung akan lebih dikenali oleh masyarakat luar dan lebih menjimatkan masa. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 13 April 2018 ( Jumaat ) |
Masa | : | 4.00 petang - 6.00 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk ajar kepada pengguna cara untuk memuatnaik produk jualan pada Dashboard PI (Myshop) |
Aktiviti |
Petugas memberi penerangan ringkas tentang platform yang disediakan oleh pihak PI untuk kemudahan komuniti setempat. Pengguna juga diajar cara untuk memuatturun aplikasi Dashboard di telefon pengguna untuk memudahkan pengguna menggunakan platform yang disediakan oleh PI. Selain itu, pengguna diajar memuatnaik gambar produk jualan, melihat produk jualan yang ada pada platform tersebut dan mengedit maklumat tentang produk jualan. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 3 Mei 2018 ( Khamis) |
Masa | : | 9.00 pagi - 1.00 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet 1Malaysia Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 21 Orang |
Tujuan |
Pengenalan kepada seni Fotografi untuk para usahawan desa dibawah seliaan pihak Empower Ecer cawangan Bachok dan cara membina studio DIY. |
Aktiviti |
Para peserta diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang fotografi iaitu En. Kamaruzzan. Beliau memberikan penerangan lanjut berkenaan tentang seni dan cara-cara untuk fotoshoot produk supaya kelihatan lebih menarik. Selain itu juga, para peserta diajar cara untuk membina studio DIY dengan kos yang rendah, menjimatkan dan tidak membazir dengan barangan yang ada disekeliling kita. Angel yang diambil untuk setiap gambar produk juga dititik beratkan |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 5 April 2018 ( Khamis ) |
Masa | : | 2.30 petang - 5.30 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 12 Orang |
Tujuan |
Kelas ini terbuka kepada semua golongan sama ada belia ataupun dewasa. Kelas ini bukan sahaja memfokuskan kepada kecantikan sahaja tetapi juga kesihatan dan juga dapat menjana pendapatan sampingan bagi mereka yang ingin serius bersama Marykay. |
Aktiviti |
Para peserta diberikan penerangan ringkas tentang jenis kulit, cara merawat kulit, cara memilih bedak asas yang bersesuai dengan warna kulit dan lain-lain. Peserta juga dapat mencuba sendiri produk Mary Kay ke wajah masing-masing. Antara aktiviti yang dilakukan ialah cara menanggalkan mekap, spa bibir, cara melukis kening dan mencuci muka menggunakan mesin khas dari Mary Kay iaitu "Skinvigorate". Disamping itu, peserta dapat menimba ilmu kecantikan dan dapat bertanya terus kepada pengajar tentang cara untuk menjana pendapatan sampingan dalam Mary Kay. |
Gambar Di Sini |