Tarikh & Hari  20 Okt 2018 ( Sabtu )
Masa  10.00 pagi - 1.00 petang.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   33 Orang 

 

Tujuan 

Penerangan lanjut tentang Lesen Perniagaan (SSM), syarat mendaftar, dokumen yang diperlukan dan faedah mendaftar lesen tersebut.

Aktiviti 

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. Antara faedah berdaftar SSM adalah dapat membina imej dan penjenamaan sebagai entiti perniagaan. Setiap lesen perniagaan yang didaftarkan mempunyai tarikh tempoh sah selama 1tahun dan jika penama terlewat bayar, denda akan dikenakan. Lesen perniagaan juga perlu dipaparkan pada premis dan begitu peniaga online perlu memaparkan no pendaftaran perniagaan pada page perniagaan mereka.

Gambar Di Sini
Tarikh & Hari

 18 Okt 2018 ( Khamis ) - Sesi 1

 26 Okt 2018 (Jumaat) - Sesi 2

 28 Okt 2018 (Ahad) - Sesi 3

 30 Okt 2018 (Selasa) - Sesi 4

 31 Okt 2018 (Rabu) - Sesi 5

Masa  10.00 pagi - 1.00 petang / 3.00 Petang - 6.00 petang
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta  10 Orang 

Tujuan 

Penerangan lanjut tentang Erezeki, pendaftaran atas talian dan video testimoni peserta yang telah berjaya bagi menaikan semangat peserta baru.

Aktiviti 

Para peserta diberi taklimat terlebih dahulu tentang apa itu Erezeki. Selepas itu, peserta dipantau secara langsung oleh pengajar semasa pendaftaran atas talian supaya tiada kesilapan atau masalah yang timbul. Bagi peserta yang tidak mempunyai email, mereka perlu membina akaun gmail terlebih dahulu kerana segala proses berkaitan erezeki melalui email sepenuhnya. Setelah selesai mendaftar, peserta dipertontonkan dengan video testimoni dari peserta yang telah berjaya bagi menaikkan semangat peserta baru untuk terus menerokai Erezeki iaitu bidang kerja sambilan anjuran MDEC. Antara pekerjaan sambilan yang menarik para peserta untuk join adalah Gigagigs kerana sambil bershopping peserta dapat menjana kewangan juga.. Peserta perlu memuat turun aplikasi tersebut dalam smartphone dan daftar sebagai pekerja. setiap langkah kerja Gigagigs ada disediakan dalam aplikasi tersebut.

Gambar Di Sini
Tarikh & Hari  25 Sept 2018 ( Selasa )
Masa  4.30 petang - 6.30 petang.
Lokasi   Bilik Latihan Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   3 Orang 

 

Tujuan 

Memantau secara tidak langsung sepanjang peperiksaan berlangsung.

Aktiviti 

Seramai 3 orang peserta yang terpilih untuk menduduki peperiksaan separa perubatan SPA. Peperiksaan berlangsung selama 2 jam. 

Gambar Di Sini
Tarikh & Hari  24 Sept 2018 ( Selasa )
Masa  11.00 pagi - 1.00 petang.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai aplikasi membuat poster secara atas talian seperti poster my wall, canva dan lain-lain. Untuk kelas tersebut, peserta memilih untuk belajar cara menghasilkan poster poster my wall melalui laman web https://postermywall.com.

Aktiviti 

Petugas menerangkan cara-cara cara untuk menggunakan aplikasi tersebut dengan jelas. Petugas memberi penerangan mengenai ikon ikon yang menarik bagi menghasilkan poster mengikut tema yang dipilih. Seterusnya, peserta diminta menghasilkan poster tentang produk mereka dengan menggunakan aplikasi tersebut. 

Gambar Di Sini
Tarikh & Hari  7 Sept 2018 ( Jumaat )
Masa  11.00 pagi - 12.00 tengahari.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   11 Orang 

 

Tujuan 

Membimbing pelajar sekolah rendah melalui permainan dalam pembelajaran.

Aktiviti 

Permainan Puzzle atas talian ini bertemakan "Sayangilah Malaysiaku". Permainan ini dapat mengisi masa terluang pelajar daripada melakukan perkara tidak berfaedah. Permainan puzzle adalah satu permainan akal yang memerlukan pelajar mengecam corak dan berfikir dalam mencantumkan cebisan-cebisan puzzle itu dalam membentuk imej yang betul. Menyusun dan bermain puzzle adalah aktiviti yang bagus untuk memastikan minda pelajar tajam. Ia mencabar ketangkasan dan logik fikiran pelajar. Malah apa yang lebih baik, aktiviti ini akan menjadikan otak pelajar bekerja dikedua-dua belah bahagian pada masa yang sama. Bahagian kreatif otak bekerja untuk melihat produk akhir (puzzle yang siap), sementara bahagian logik pula bekerja untuk memadankan kepingan-kepingan puzzle dengan betul dan sempurna. Permainan puzzle ini dapat membantu perkembangan otak pelajar dan permainan ini sesuai untuk semua pertingkat umur. Pelajar juga seronok dengan pembelajaran dalam permainan yang santai seperti ini.

Gambar Di Sini