Tarikh & Hari  6 Mei 2018 ( Ahad )
Masa  10.00 pagi - 3.00 petang.
Lokasi   Pusat Internet 1Malaysia Beris Kubur Besar.
Peserta   15 Orang 

 

Tujuan 

Memberi tunjuk ajar cara pengisian maklumat tenaga pengajar Kemas dalam Sistem HRMIS.

Aktiviti 

Tenaga pengajar Kemas sekitar Bachok seramai 15 orang membuat pengisian maklumat diri dan pengurusan tabika kemas masing - masing melalui sistem HRMIS. Sistem ini adalah penambahbaikan daripada sistem yang lepas. Penambahbaikan ini bertujuan untuk memudahkan proses penilaian di mana sistem secara automatik akan memasukkan markah penilaian dan ulasan PPP ke ruangan PPK apabila Pegawai Penilai berkenaan menghantar kepada urusetia PPSM. Setiap tadbir urus tabika juga perlu dinyatakan supaya pengurusan sentiasa berada dalam keadaan baik dan teratur. Sistem ini dapat menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paperless. Antara maklumat pengurusan yang perlu dikemaskini ialah tadbir urus tabika, laporan aktiviti tabika, menganjur / menghadiri Program Jabatan Kemas dan lain-lain tentang dokumentasi tabika. 

Gambar Di Sini