Tarikh & Hari | : | 7 Sept 2018 ( Jumaat ) |
Masa | : | 3.00 petang - 6.00 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 7 Orang |
Tujuan |
Membimbing pelajar sekolah rendah melalui permainan dalam pembelajaran. |
Aktiviti |
Pelajar lebih seronok kerana dapat bersaing secara sihat dengan kawan-kawan yang lain serta dapat menguji minda masing-masing. Permainan dalam pembelajaran ini lebih santai dan tidak membuatkan pelajar stress. Dalam kelas ini terdiri daripada pelajar darjah 2 - darjah 6. Subjek yang difokuskan ialah Bahasa Melayu (Simpulan Bahasa) dan Bahasa Arab. Permainan ini secara tidak langsung dapat membuatkan pelajar mempraktiskan ilmu yang dipelajari disekolah dalam permainan ini. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 7 Sept 2018 ( Jumaat ) |
Masa | : | 10.00 pagi - 11.00 pagi. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 7 Orang |
Tujuan |
Memberi bimbingan kepada peserta untuk menghasilkan slogan Hari Malaysia menggunakan platform Dashboard MyKomuniti. |
Aktiviti |
Peserta diajar cara mencipta slogan yang ringkas, padat dan kreatif bertemakan hari malaysia. Peserta yang telah siap mencipta slogan, perlu memaparkan slogan mereka di platform Dashboard MyKomuniti. Slogan yang yang terpilih akan mendapat hadiah saguhati. Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 6 Sept 2018 ( Khamis ) |
Masa | : | 11.00 pagi - 1.00 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk ajar cara penulisan resume dan cover letter yang betul dan kemas untuk permohonan kerja. |
Aktiviti |
Peserta diberikan pilihan untuk menggunakan microsoft word atau publisher untuk menghasilkan resume. Segala maklumat peribadi, keputusan akedemik dan pengalaman kerja peserta perlu senaraikan terlebih dahulu supaya peserta tidak tertinggal maklumat yang penting.Tujuan maklumat diri dipamerkan seperti nama, alamat, nombor telefon, alamat emel yang aktif, website atau blog url yang mengandungi portfolio peserta dan lesen kenderaan adalah untuk tujuan memudahkan panel penilai / majikan menghubungi peserta jika mereka berminat untuk menemuduga seterusnya.. Penyusunan setiap maklumat juga penting supaya resume tersebut nampak lebih ringkas dan kemas. Selain itu, penyusunan ayat dalam "Cover Letter" juga penting untuk menyatakan tujuan permohonan peserta dengan lebih tepat. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 6 Sept 2018 ( Khamis ) |
Masa | : | 2.30 petang - 3.30 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 5 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk ajar cara dapatkan peta satelit dan carian maklumat di Internet. |
Aktiviti |
Peserta diberikan tunjuk ajar cara mencari lokasi yang dikehendaki menggunaakan Google Maps. Lokasi tersebut peserta boleh zoom untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas. Selain itu, melalui carian google juga, peserta mencari rujukan sejarah seperti zaman neolitik, zaman batu dan lain-lain untuk kerja kusus sejarah mereka. Peserta juga diajar cara untuk print out dokumen / gambar dari carian google tersebut. Seramai 5 orang pelajar tingkatan 3 menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru mereka. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : |
8 Sept 2018 ( Sabtu ) - Sesi 1 23 Sept 2018 ( Ahad ) - Sesi 2 27 Sept 2018 (Khamis - Sesi 3) |
Masa | : | 10.00 pagi - 1.00 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : |
3 Orang - Sesi 1 5 Orang - Sesi 2 3 Orang - Sesi 3 |
Tujuan |
Penerangan lanjut tentang Erezeki, pendaftaran atas talian dan video testimoni peserta yang telah berjaya bagi menaikan semangat peserta baru. Syarat utama pendaftaran Erezeki adalah terbuka kepada belia berumur 18tahun dan keatas sahaja. |
Aktiviti |
Para peserta diberi taklimat terlebih dahulu tentang apa itu Erezeki dan cara mengaplikasikan apa yang telah diajar. Selepas itu, peserta dipantau secara langsung oleh pengajar semasa pendaftaran atas talian supaya tiada kesilapan atau masalah yang timbul. Bagi peserta yang tidak mempunyai email, mereka perlu membina akaun gmail terlebih dahulu kerana segala proses berkaitan erezeki melalui email sepenuhnya. Setelah selesai mendaftar, peserta dipertontonkan dengan video testimoni dari peserta yang telah berjaya bagi menaikkan semangat peserta baru untuk terus menerokai Erezeki iaitu bidang kerja sambilan anjuran MDEC. |
Gambar Di Sini |