Tarikh & Hari | : | 18 Ogos 2018 ( Sabtu ) |
Masa | : | 10.00 pagi - 1.00 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 5 Orang |
Tujuan |
Penerangan lanjut tentang Erezeki, pendaftaran atas talian dan video testimoni peserta yang telah berjaya bagi menaikan semangat peserta baru. |
Aktiviti |
Para peserta diberi taklimat terlebih dahulu tentang apa itu Erezeki. Selepas itu, peserta dipantau secara langsung oleh pengajar semasa pendaftaran atas talian supaya tiada kesilapan atau masalah yang timbul. Bagi peserta yang tidak mempunyai email, mereka perlu membina akaun gmail terlebih dahulu kerana segala proses berkaitan erezeki melalui email sepenuhnya. Setelah selesai mendaftar, peserta dipertontonkan dengan video testimoni dari peserta yang telah berjaya bagi menaikkan semangat peserta baru untuk terus menerokai Erezeki iaitu bidang kerja sambilan anjuran MDEC. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 12 Ogos 2018 ( Ahad ) |
Masa | : | 11.00 pagi - 1.00 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 12 Orang |
Tujuan |
Perbankan online untuk pembayaran yuran pengajian ke IPTA, pengisian pinjaman PTPTN & permohonan wang bantuan pengajian dari Maik |
Aktiviti |
Para pelajar dipantau secara tidak langsung untuk setiap urusan seperti diatas. Bagi pembayaran yuran pengajian, pelajar perlu mempunyai akaun bank online separti maybank2u. pembayaran perlu dilakukan secara atas talian dalam tempoh 3minggu sebelum pelajar melapor diri ke IPTA masing-masing. Selain itu, pelajar juga diajar cara untuk resize gambar pasport untuk dimuatnaik ke profile pelajar secara online. Untuk Permohonan pinjaman pengajian PTPTN juga, pelajar perlu memohon secara online, print out dokumen yang telah diisi online, pengesahan ketua kampung dan bawa bersama pada hari pendaftaran nanti. manakala permohonan wang bantuan maik, pelajar hanya boleh memohon sebulan awal sebelum mendaftar di IPTA atau sbulan selepas dari tarikh mendaftar IPTA sahaja. Jika lebih dari sebulan, permohonan tidak akan diterima. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 6 Julai 2018 ( Jumaat ) |
Masa | : | 8.30 pagi - 1.30 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 21 Orang |
Tujuan |
Para peserta diberikan pendedahan tentang garis panduan untuk menguruskan satu perniagaan dengan cara yang betul. |
Aktiviti |
Rancangan perniagaan adalah elemen yang penting dalam sebuah perniagaan kerana ia menentukan hala tuju dan strategi yang akan digunakan dalam mencapai matlamat yang diinginkan. Selain itu, ia juga dapat memberikan keyakinan kepada phak luar tentang perniagaan yang diusahakan dan dapat memaksimumkan sumber untuk meningkatkan produktiviti. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 7 Julai 2018 ( Sabtu ) |
Masa | : | 9.00 pagi - 2.00 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 21 Orang |
Tujuan |
Peserta diberi penerangan lanjut tentang apa itu "Busines Model", "Business Plan" dan bagaimana untuk melakukan "Executive Summary". |
Aktiviti |
"Business Pitching" dijadikan salah satu latihan dalam kumpulan untuk usahawan belajar teknik penyampaian secara kreatif dan inovatif. Hal ini bukan sahaja membantu usahawan dalam mencari keuntungan, malah mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi di kalangan komuniti dengan mewujudkan satu inovasi demi kemudahan mereka bersama. Selain itu, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk mempromosi barang / produk mereka sendiri dengan menggunakan konsep "Bisnes Pitching". Peserta amat bertuah kerana dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari pada hari tersebut dalam kerja berkumpulan. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 2 Julai 2018 ( Isnin ) |
Masa | : | 9.30 pagi - 1.30 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 21 Orang |
Tujuan |
Para peserta dapat mengambil contoh bagaimana cara untuk meningkatkan hasil jualan dan menjana lebih keuntungan. |
Aktiviti |
Para peserta diberikan penerangan lanjut tentang apa itu Analisi SWOT dalam perniagaan. Analisi SWOT ini secara ringkasnya adalah untuk mengambil kesempatan terhadap kekuatan perniagaan (S), menangani kelemahan (W), memanfaatkanpeluang yang ada (O), dan mencegah segala ancaman yang mendatang (T). Analysis SWOT merupakan teknik yang digunakan untuk para peserta memahami kekuatan dan kelebihan perniagaan mereka. Ia juga digunakan untuk kenal pasti peluang dan ancaman yang perniagaan mereka bakal hadapi. |
Gambar Di Sini |