Tarikh & Hari  29 Jun 2018 ( Jumaat )
Masa  10.00 pagi - 2.00 petang.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   21 Orang 

 

Tujuan 

Memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada para usahawan cara membina brand atau jenama produk masing-masing.

Aktiviti 

Para peserta diberikan pendedahan lanjut secara teori dan praktikal semasa kelas tersebut. Brand adalah nama atau simbol yang mewakili produk secara keseluruhan termasuk produk, perusahaan yang memasarkan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan produk. Brand yang belum dikenal, harus fokus pada awareness building. Brand yang sudah dikenal tetapi kurang pemahaman, bererti perlu kerja keras untuk menjelaskan apa yang boleh diberikan brand kepada konsumen. Peserta juga diterangkan tentang menaik taraf brand yang sedia ada kepada yang lebih baik.

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  22 Jun 2018 ( Jumaat )
Masa  10.30 pagi - 12.30 tengahari.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   1 Orang 

 

Tujuan 

Memberi tunjuk ajar kepada pengguna wanita cara untuk menggunakan Web Whatsapp dan muat turun dokumen / gambar dari aplikasi tersebut untuk "print out".

Aktiviti 

Pengguna diajar cara untuk menggunakan web whatsapp. Pengguna perlulah membuka pelayar web Chrome, dan seterusnya membuka laman WhatsApp Web. Terlebih dahulu, pengguna perlu mengimbas kod QR yang dipaparkan pada komputer menggunakan smartphone pengguna untuk proses menyambungkan whatsapp pada smartphone ke web whatsapp komputer. Menggunakan WhatsApp Web, pengguna boleh melihat teks-teks yang telah sedia tersimpan pada smartphone di WhatsApp, selain turut memuat-turun gambar yang dihantar rakan-rakan, dan mengakses tetingkap bualan rakan-rakan. Selepas itu, pengguna dapat edit gambar dan "print out" seperti biasa.

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  11 Jun 2018 ( Isnin )
Masa  2.00 petang - 4.00 petang.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   2 Orang 

 

Tujuan 

Memberi tunjuk ajar cara untuk mencari maklumat tentang kerja kursus seni pelajar tingkatan 5.

Aktiviti 

Pengguna diajar cara untuk mencari gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus yang telah diberikan oleh guru mereka. Setelah siap pemilihan gambar yang sesuai, pelajar diajar cara untuk download gambar tersebut. Pelajar menggunakan microsoft word untuk menyusun kedudukan gambar dan resize gambar sebelum "print out" hasil kerja tersebut.

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  11 Jun 2018 ( Isnin )
Masa  12.00 tengahari - 1.00 petang.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   3 Orang 

 

Tujuan 

Memberi tunjuk ajar cara untuk membuat semakan keputusan UPU dan "print out" surat tawaran serta dokumen-dokumen berkaitan bagi yang telah berjaya.

Aktiviti 

Pengguna diajar cara untuk membuat semakkan keputusan UPU terkini dan jika berjaya, pengguna juga diajar cara untuk "print out" semua dokumen-dokumen serta surat tawaran yang diperlukan untuk pendaftaran kelak. selain itu, pengguna juga dipantau cara untuk memohon wang ihsan pendidikan melalui website Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  7 Mei 2018 ( Isnin )
Masa  10.00 pagi - 11.00 pagi.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   1 Orang 

 

Tujuan 

Memberi tunjuk ajar cara untuk menghasilkan Cover Fail Kerja yang menarik.

Aktiviti 

Pengguna diajar untuk mencari gambar latar belakang yang menarik di carian google dan simpan dalam 1 folder sebelum di edit. Selain itu, pengguna juga diajar cara untuk crop gambar dan edit frame / bolder untuk kelihatan lebih menarik. Pemilihan warna latar belakang juga penting supaya warna untuk tulisan tidak tenggelam. Pengguna juga diajar untuk save dokumen dan print out hasil kerja yang dihasilkan.

Gambar Di Sini