Tarikh & Hari  21 April 2018 (Sabtu)
Masa  9.00 pagi - 3.00 petang.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   21 Orang 

 

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh usahawan-usahawan Empower Ecer yang menceburi pelbagai bidang kursus seperti jahitan, kulinari, spa dan lain-lain. Para usahawan ini semua telah tamat menjalani kursus tersebut dan kini mereka dalam pemantauan pihak Empower berkaitan kursus yang telah mereka pelajari.

Aktiviti 

Untuk kelas pada hari ini, peserta diajar tentang cara pemasaran atas talian menggunakan beberapa kaedah seperti SEM, SEO dan Google CPC. Peserta juga berpeluang mengaplikasikan sendiri ilmu yang dipelajari hari ini dan jika ada yang keliru, mereka dapat bertanya terus kepada tenaga pengajar. Manakala bagi peserta yang tidak mempunyai email, mereka dikehendaki menbina akaun gmail terlebih dahulu untuk memudahkan pembelajaran. Kaedah pemasaran yang diajar ini dapat memperkenalkan produk jualan para usahawan kepada orang ramai tanpa had sempadan. para peserta dapat belajar dengan santai dan gembira.

Gambar Di Sini

 

 

Tarikh & Hari  16 April 2018 (Isnin)
Masa  10.00 pagi - 1.00 petang.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   5 Orang 

 

Tujuan 

Kelas ini merupakan kelas ke-2 Latihan Asas E-Rezeki pada bulan April dan dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia, lepasan IPT dan juga wanita. Tujuan kelas ini ialah untuk menjana pendapatan sampingan secara atas talian. Syarat utama program ini adalah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun keatas dan berpendapatan Rm4000 ke bawah.

Aktiviti 

Para peserta diberikan penerangan lanjut tentang E-Rezeki, tayangan video testimoni dari peserta yang telah berjaya untuk menaikkan semangat peserta baru dan peserta diajar cara untuk mendaftar secara online serta dipantau secara langsung oleh petugas. Peserta juga diberikan contoh pekerjaan yang yang terdapat dalam program ini. Program ini amat sesuai untuk semua golongan tidak kira berkemahiran ataupun tidak. Peluang pekerjaan atas talian amat terbuka luas untuk semua masyarakat. Jika ada komuniti yang keliru tentang E-Rezeki, anda dijemput hadir ke Pusat Internet untuk keterangan lanjut.

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari 19 - 20 Mac 2018 (Isnin - Selasa)
Masa 9.00 pagi - 5.00 petang.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   15 Orang 

 

Tujuan 

Program ini adalah kerjasama bersama Kelantan ICT Gateway Sdn.Bhd terbuka kepada Rakyat Kelantan mengikut kawasan yang telah dipilih. Subjek yang difokuskan pada program tersebut ialah "RekaBentuk Grafik" menggunakkan software Photoshop. Seramai 15 orang peserta yang menyertai program tersebut.

Aktiviti 

Tenaga pengajar memberikan tunjuk ajar cara-cara untuk menghasilkan design yang kemas dan menarik menggunakan software photoshop. Design itu boleh dicetak pada baju ataupun banner. Selain itu, peserta juga diajar cara menyunting gambar untuk dijadikan sebagai latarbelakang banner.  Pemilihan bentuk tulisan dan warna kontra untuk setiap hasil kerja amatlah penting. Para peserta dapat mengaplikasikan design sendiri dengan ilmu yang telah diajar. Peserta amat teruja mempelajari sesuatu yang baru.

Gambar Di Sini

 _________________________________________________________________________________

 

Tarikh & Hari 23 Mac 2018 ( Jumaat )
Masa  8.30 pagi - 1.30 petang.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   129 Orang 

 

Tujuan 

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan PI kepada masyarakat komuniti setempat tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PI. Selain itu, program ini juga dapat merapatkan jalinan ukhuwah diantara petugas PI dan masyarakat setempat.

Aktiviti 

Para pengunjung Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan untuk pengunjung pada hari tersebut seperti pertandingan mewarna pelajar tabika kemas, kuiz terbuka (word search, tiup belon hingga pecah dan fast finger / menaip pantas) dan bengkel usahawan (photoshoot produk dan asas video produk usahawan). Keistimewaan pada hari tersebut ialah pendaftaran keahlian adalah percuma dan download aplikasi dashbord akan dapat hadiah misteri. 

Gambar Di Sini

 _________________________________________________________________________________

 

Tarikh & Hari 11 Mac 2018 ( Ahad )
Masa 10.00 pagi - 12.00 tengahari.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   1 Orang 

 

Tujuan 

Membantu belia menyediakan resume yang lengkap dan menarik untuk menghadiri temuduga kerja.

Aktiviti 

Memberi tunjuk ajar cara menghasilkan resume yang ringkas dan padat dengan maklumat. Peserta juga diajar cara untuk memuatnaik gambar berukuran pasport dengan size yang betul. Penggunaan saiz perkataan juga diambik kira supaya resume kelihatan kemas dan menarik perhatian majikan / penemuduga. Resume penting kerana ia merupakan ringkasan tentang diri pemohon tersebut.

Gambar Di Sini

 _________________________________________________________________________________