Tarikh: 5 Disember 2017 Masa: 10.00 Pagi - 1.00 Petang Lokasi: PI Beris Kubur Besar Peserta: 7 orang |
Tujuan:
Kelas ini dihadiri oleh 1 orang pelajar tadika dan 5 orang pelajar sekolah rendah. Masing-masing mempunyai asas komputer dan senang untuk mereka memahami kelas pada hari ini.
Aktiviti:
Permulaan kelas, pelajar dipertontonkan dengan video klik dengan bijak (KDB) untuk membuka minda pelajar tentang baik dan buruk penggunaan internet. selepas itu, pelajar diajar cara untuk menghasilkan poster menggunakan microsoft powerpoint. Asas setiap kelas pelajar diajar untuk "create folder" masing-masing untuk menyenangkan pelajar menyimpan gambar-gambar yang dicari melalui internet. pelajar juga diajar cara untuk "crop" gambar, susunan kedudukan gambar dan "edit" gambar supaya nampak lebih menari dan tertarik. cara pemilihan warna dan tulisan juga dipadankan untuk menyerlahkan lagi poster yang pelajar hasilkan.
_________________________________________________________________________________________
Tarikh: 3 Disember 2017 Masa: 10.00 Pagi - 1.00 Petang Lokasi: PI Beris Kubur Besar Peserta: 5 orang |
Tujuan:
Kelas ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengenal komputer dengan lebih dekat. Selain pelajar dapat belajar mengenal huruf, pelajar juga dapat mempraktiskan kelajuan jari mereka bermain papan kekunci.
Aktiviti:
Kelas Typing Junior ini disertai oleh 5 orang peserta (tadika & sekolah rendah). Kelas ini bertujuan untuk membiasakan pelajar dengan perkakasan komputer seperti tetikus dan papan kunci. pelajar juga diberikan penerangan ringkas tentang "Klik Dengan Bijak" dan cara penggunaan komputer. Selepas tamat penerangan ringkas, permainan pertama ialah "Typing Balloons". Permainan ini menguji kepekaan dan ketangkasan pelajar dalam mengenal huruf / abjad. Selepas itu, para peserta diuji dalam pertandingan "Ghost Typing". Pertandingan ini terbahagi kepada 2 ketegori iaitu tadika dan sekolah rendah. Para pelajar amat teruja dengan permainan tersebut.
__________________________________________________________________________________________
E-LEARNING ABCYA (GHOST TYPING JUNIOR)
=>TARIKH: 25 NOVEMBER 2017 (9.30PG -11.30PG)
Peserta ini merupakan pelajar tadika yang berumur 6 tahun. Beliau diajar cara mengenal huruf ABC sambil bermain dengan menggunakan website www.abcya.com. Permainan ini dinamakan "Ghost Typing Junior". Ia menguji kepekaan dan kepantasan peserta menaip huruf yang muncul di skrin komputer. jika peserta lambat menaip huruf tersebut, peserta akan kehilangan markah. Permainan ini dapat membiasakan peserta dengan perkakasan komputer seperti mouse, keyboard dan komputer.
Tarikh: 2 Disember 2017 Masa: 10.00 Pagi - 1.00 Petang Lokasi: Pi1m Beris Kubur Besar Peserta: 4 orang |
Tujuan:
Kelas Asas Movie Maker disertai oleh pelajar tadika dan sekolah rendah. Program ini bertujuan mengisi masa cuti sekolah kanak-kanak dengan ilmu ICT yang berfaedah dan boleh digunapakai di masa hadapan.
Aktiviti:
Para pelajar diajar langkah demi langkah cara untuk menghasilkan video yang bertemakan "Klik Dengan Bijak". Dari langkah mencari gambar / logo KDB dan muatnaik pada window movie maker. selain itu, pelajar juga diajar cara untuk edit video tersebut untuk nampak lebih menarik seperti menambah pergerakan setiap pertukaran gambar, menambah musik / audio dan tajuk serta pengakhiran video tersebut. Para pelajar amatlah teruja kerana dapat menghasilkan video mereka sendiri.
CARA HASILKAN VIDEO DARI GAMBAR-GAMBAR MENGGUNAKAN WINDOW MOVIE MAKER
=> TARIKH: 24 NOVEMBER 2017 (10.00 PG - 12.00TGH)
Ayu Maisarah adalah pelajar darjah 5 SK Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan. Peserta amat teruja untuk mempelajari cara-cara untuk menghasilkan video daripada gambar bersama kawan sekolah. Peserta diajar cara menggunakan window movie maker untuk hasilkan video tersebut. Beliau diajar langkah demi langkah seperti memasukkan gambar, transaction antara gambar, memasukkan musik, pembukaan video dimainkan dan juga pengakhiran video tersebut. Video tersebut beliau hasilkan untuk dimuatnaik ke laman facebook untuk tatapan kawan-kawan beliau.