Tarikh : 17 Januari 2018 

  Masa : 5.00 petang - 6.00 petang 

  Lokasi : PI Beris Kubur Besar. 

  Peserta : 3 orang

 

Tujuan:

Download video dari laman web youtube menggunakan website KEEPVID dan burn dalam CD.

Aktiviti:

Pelajar diajar cara untuk memuatturun video dari laman web youtube langkah demi langkah menggunakan website KEEPVID. Selepas itu, pelajar juga diajar cara untuk burn / simpan video tersebut dalam CD. Caranya amat mudah dan senang untuk difahami oleh para pelajar.

Gambar Di Sini

_________________________________________________________________________________________

Tarikh : 20 januari 2018
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang.
Lokasi : PIBeris Kubur Besar.
Peserta  : 5 orang.

 

A

Tujuan:

Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada komuniti berumur 18 tahun keatas dan golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital. Terdapat 3 kategori pekerjaan yang disediakan oleh E-Rezeki iaitu Tugasan Digital Mikro, Kerja Digital dan Kerja Bukan Digital.

Aktiviti:

Melalui Latihan Asas E-Rezeki, peserta akan didaftar secara online, dilatih untuk menjana pendapatan, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan. 

GALERI FOTO 

_______________________________________________________________________________________

Tarikh : 2 Januari 2018
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI Beris Kubur Besar
Peserta : 2 orang

 

IMG 20171231 151341

 

Tujuan:

Memberi pendedahan asas microsoft excel kepada pelajar tahun 6.

Aktiviti:

Pelajar diberi tunjuk ajar cara menaip nama mereka menggunakan microsoft excel, copy nama tanpa perlu menaip satu per satu, setting lebar dan jalur untuk setiap barisan nama untuk lebih menarik dan senang digunting nanti. Selain itu, pelajar juga diajar cara untuk setting margin kertas sebelum print keluar bahan kerja tadi.

GALERI FOTO 

________________________________________________________________________________________

Tarikh : 8 Januari 2018
Masa : 4.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : PI Beris Kubur Besar.
Peserta : 2 orang

 

IMG 0807

Tujuan:

Pelajar diberi tunjuk ajar tentang asas menggunakan Microsoft Publisher. Microsoft Publisher bukan sahaja digunakan untuk menghasilkan poster, tetapi banyak lagi kegunaannya seperti kad ucapan, kad kahwin, majalah dan lain-lain.

Aktiviti:

Penggunaan Publisher ini lebih mudah kerana ia telah menyediakan pelbagai template yang menarik. pelajar hanya perlu memilih yang bersesuaian dengan kerja pelajar dan ubah sedikit untuk kelihatan lebih menarik. Pelajar dapat menjimatkan masa dan tenaga.

GALERI FOTO 

________________________________________________________________________________________

Tarikh : 17 Disember 2017
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : PI Beris Kubur Besar.
Peserta : 9 orang

 

a

 

Tujuan:

Kelas ini disertai oleh 9 orang belia yang mempunyai semangat waja untuk lebih maju dalam perniagaan online. Tenaga pengajar untuk kelas ini mempunyai pengalaman luas dalam perniagaan online yang mana beliau sendiri mempunyai beberapa produk yang dipasarkan melalui atas talian. Kelas ini lebih memfokuskan kepada cara 'Marketing Online' melalui media sosial.

Aktiviti:

Para peserta didedahkan bagaimana Fb Ads digunakan untuk menghasilkan limpahan trafik dan dapat mensasarkan mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh penjual seperti jantina, umur, lokasi dan sebagainya. Selain itu, peserta juga diajar cara untuk menghasilkan ayat 'copywriting' dan gambar yang dapat menarik pelanggan baru mengetahui lebih lanjut tentang produk mereka. Para peserta begitu fokus mempelajari ilmu baru atas talian yang akan membantu melonjakkan produk jualan mereka.

GALERI FOTO 

__________________________________________________________________________________________