Tarikh & Hari  16 April 2018 (Isnin)
Masa  10.00 pagi - 1.00 petang.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   5 Orang 

 

Tujuan 

Kelas ini merupakan kelas ke-2 Latihan Asas E-Rezeki pada bulan April dan dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia, lepasan IPT dan juga wanita. Tujuan kelas ini ialah untuk menjana pendapatan sampingan secara atas talian. Syarat utama program ini adalah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun keatas dan berpendapatan Rm4000 ke bawah.

Aktiviti 

Para peserta diberikan penerangan lanjut tentang E-Rezeki, tayangan video testimoni dari peserta yang telah berjaya untuk menaikkan semangat peserta baru dan peserta diajar cara untuk mendaftar secara online serta dipantau secara langsung oleh petugas. Peserta juga diberikan contoh pekerjaan yang yang terdapat dalam program ini. Program ini amat sesuai untuk semua golongan tidak kira berkemahiran ataupun tidak. Peluang pekerjaan atas talian amat terbuka luas untuk semua masyarakat. Jika ada komuniti yang keliru tentang E-Rezeki, anda dijemput hadir ke Pusat Internet untuk keterangan lanjut.

Gambar Di Sini