Tarikh & Hari | : | 21 April 2018 (Sabtu) |
Masa | : | 9.00 pagi - 3.00 petang. |
Lokasi | : | Pusat Internet Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 21 Orang |
Tujuan |
Kelas ini dihadiri oleh usahawan-usahawan Empower Ecer yang menceburi pelbagai bidang kursus seperti jahitan, kulinari, spa dan lain-lain. Para usahawan ini semua telah tamat menjalani kursus tersebut dan kini mereka dalam pemantauan pihak Empower berkaitan kursus yang telah mereka pelajari. |
Aktiviti |
Untuk kelas pada hari ini, peserta diajar tentang cara pemasaran atas talian menggunakan beberapa kaedah seperti SEM, SEO dan Google CPC. Peserta juga berpeluang mengaplikasikan sendiri ilmu yang dipelajari hari ini dan jika ada yang keliru, mereka dapat bertanya terus kepada tenaga pengajar. Manakala bagi peserta yang tidak mempunyai email, mereka dikehendaki menbina akaun gmail terlebih dahulu untuk memudahkan pembelajaran. Kaedah pemasaran yang diajar ini dapat memperkenalkan produk jualan para usahawan kepada orang ramai tanpa had sempadan. para peserta dapat belajar dengan santai dan gembira. |
Gambar Di Sini |