Tarikh & Hari 12 - 31 Mac 2018
Masa 9.00 pagi - 5.00 petang.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   27 Orang 

 

Tujuan 

Membantu para ibubapa dan penjaga membuat permohonan Prasekolah & Tahun 1 secara Online.

Aktiviti 

Memberi tunjuk ajar langkah demi langkah cara-cara membuat permohonan Prasekolah & Tahun 1 atas talian. Antara masalah yang sering dihadapi oleh para ibubapa / penjaga semasa membuat permohonan Tahun 1 online adalah bahagian perubatan pelajar. Ibubapa / penjaga perlu membawa bersama rekod perubatan pelajar untuk memudahkan ibubapa / penjaga membuat rujukan semasa pengisian online.

Gambar Di Sini

 _________________________________________________________________________________

 

Tarikh & Hari 23 Februari 2018  ( Jumaat )
Masa 9.00 pagi - 1.00 petang.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   100 Orang 

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada komuniti Tianghoa Parlimen Bachok tentang kemudahan yang disediakan oleh pihak Pusat Internet. Program ini adalah anjuran JKKKP Kg. Balai, Bachok, Kelantan.

Aktiviti 

Pengunjung diberi penerangan ringkas tentang perkhidmatan dan kemudahan serta aktiviti yang sering dilaksanakan oleh pihak Pusat Internet. Pada hari tersebut, pengunjung yang mendaftar ahli akan diberikan hadiah misteri. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan Komuniti Tianghoa Parlimen Bachok dengan penduduk sekitar. Selain itu, pengunjung seronok dapat menjawab kuiz teka silang kata dan memperolehi hadiah dari pihak Pusat Internet. 

Gambar Di Sini

 _________________________________________________________________________________

 

Tarikh & Hari 1 Februari 2018
Masa 3.00 petang - 4.00 petang. 
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   2 Orang 

 

Tujuan 

Memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada pelajar  darjah 6 untuk menghasilkan jadual bertugas harian yang menarik menggunakan Microsoft Powerpoint.

Aktiviti 

Pelajar diminta mencari gambar yang menarik di google search terlebih dahulu sebelum menyunting gambar tersebut sebagai latar belakang jadual bertugas harian nanti. Selepas itu, pelajar diajar langkah demi langkah asas menggunakan microsoft powerpoint. Cara pemilihan warna juga diterangkan supaya hasil kerja nanti tidak terlalu padat dan lebih ringkas.

Gambar Di Sini

 _________________________________________________________________________________

 

Tarikh & Hari 12 Februari 2018  (Isnin)
Masa 3.00 petang - 5.00 petang. 
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   11 Orang 

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta cilik tentang kebaikan & keburukan internet seperti Klik Dengan Bijak, perkongsian maklumat peribadi di media sosial, online grooming dan lain-lain. 

Aktiviti 

Taklimat KDB dan para peserta dipertontonkan dengan tayangan KDB untuk mereka lebih memahami apa yang telah disampaikan oleh petugas. Selepas itu, pertandingan Fast Finger dilaksanakan untuk melatih jari-jemari para peserta dalam menguji kepantasan menaip dalam dwi bahasa (Bahasa Malaysia dan English). masing-masing begitu teruja untuk memenangi pertandingan tersebut.

Gambar Di Sini

 _________________________________________________________________________________

 

Tarikh & Hari 2 Februari 2018 
Masa 9.00 pagi - 12.00 tengahari.
Lokasi   Pusat Internet 1Malaysia Beris Kubur Besar.
Peserta   3 Orang 

 

Tujuan 

Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital. Pusat eRezeki telah melantik Pi1m yang terpilih untuk menyediakan latihan dan bantuan untuk memastikan peserta mendapat manfaat sepenuhnya daripada program ini.

Aktiviti 

Memberi tunjuk ajar dan penerangan lanjut kepada para peserta cara untuk mendaftar online sebagai peserta Erezeki. Peserta juga dipertontonkan dengan video testimoni pekerja Erezeki yang telah berjaya menjana pendapatan sampingan untuk menaikkan semangat para peserta baru. Selain itu, peserta digalakkan untuk mempraktiskan setiap cara kerja yang telah ditunjukkan supaya peserta dapat memilih kerja-kerja yang telah dipadankan dan dapat memanfaatkan peluang yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan.

Gambar Di Sini

 _________________________________________________________________________________