Tarikh & Hari  20 Okt 2018 ( Sabtu )
Masa  10.00 pagi - 1.00 petang.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   33 Orang 

 

Tujuan 

Penerangan lanjut tentang Lesen Perniagaan (SSM), syarat mendaftar, dokumen yang diperlukan dan faedah mendaftar lesen tersebut.

Aktiviti 

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. Antara faedah berdaftar SSM adalah dapat membina imej dan penjenamaan sebagai entiti perniagaan. Setiap lesen perniagaan yang didaftarkan mempunyai tarikh tempoh sah selama 1tahun dan jika penama terlewat bayar, denda akan dikenakan. Lesen perniagaan juga perlu dipaparkan pada premis dan begitu peniaga online perlu memaparkan no pendaftaran perniagaan pada page perniagaan mereka.

Gambar Di Sini