Tarikh & Hari  18 Okt 2018 ( Khamis )
Masa  3.00 petang - 6.00 petang.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   10 Orang 

Tujuan 

Kelas memberikan pembelajaran secara santai tentang Asas Video, Keyboardv Warrior dan Kuiz Quizziz kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Aktiviti 

Sesi pertama, peserta didedahkan dengan pertandingan Keyboard Warrior / Pertandingan menaip pantas. Setiap peserta akan diuji dan 3 peserta yang terpantas menaip akan mendapat hadiah. Peserta juga diberikan masa untuk melakukan latihan sebelum pertandingan bermula.

Sesi kedua, peserta didedahkan dengan asas menghasilkan video menggunakan microsoft powerpoint. Peserta perlu mencari gambar pada carian internet dan lagu format mp3 untuk dijadikan video. Tema video adalah bebas.

Sesi ketiga, sesi yang amat diminati oleh para peserta iaitu Kuiz Quizziz. Kuiz ini merangkumi 2 subjek iaitu jawi dan bahasa inggeris. Kuiz ini dapat mengasah minda pelajar. Kelas yang dijalankan secara santai-santai.

Selesai kelas, para peserta akan bergambar ramai-ramai sebagai kenangan.

Gambar Di Sini