Tarikh & Hari  15 Nov 2018 ( Khamis )
Masa  10.00 pagi - 11.00 pagi.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   1 Orang 

Tujuan 

Pendaftaran Perkahwinan Online / E-Qaryah

Aktiviti 

Sistem e-Qaryah ini adalah merupakan bank data penduduk Negeri Kelantan untuk pelbagai kegunaan. Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pihak agensi kerajaan mengenalpasti semua anak-anak mukim yang bermastautin dan bermukim di dalam mukim di Negeri Kelantan sekaligus memudahkan proses pengesahan status anak mukim. Fungsi utama e-Qaryah ialah untuk pendaftaran anak mukim dan pendaftaran perkahwinan online.

Setiap pasangan yang ingin berkahwin perlu mengisi pendaftarn perkahwinan atas talian. Segala maklumat / peraturan am telah dinyatakan pada website e-Qaryah dengan lanjut seperti Pemohon hendaklah seorang yang bermastautin di dalam negeri Kelantan (Kod 03 atau 29 di dalam kad pengenalan) atau beralamat Kelantan di dalam kad pengenalan dan pasangan haruslah mengisi borang permohonan seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah.

 

Gambar Di Sini