Nama Nur Nashirah bt Abd Nasir.
Umur  28 Tahun
Ahli   2019

Latar belakang

Shyra merupakan peniaga online pakaian dan tudung. Beliau mula berjinak-jinak sebagai dropship produk sacara suka-suka bagi mengisi masa lapang. Keluarga dan sahabat beliau banyak memberikan semangat dan dorongan untuk beliau terus bergerak maju dalam bidang tersebut.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau mempunyai asas komputer akan tetapi dalam bidang pemasaran online beliau masih belajar dan belajar lagi untuk mempertingkatkan kemahiran yang sedia ada.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, produk beliau semakin dikenali ramai dan beliau juga sudah mempunyai pelanggan tetap. Selain menjual secara pos, beliau juga meyediakan perkhidmatan COD dengan cas mengikut kawasan. Beliau juga ada mengikuti kelas latihan online seperti photoshoot produk, seo & sem dan lain-lain. Beliau juga dapat memasarkan produk jualan beliau merentas sempadan tanpa had dengan menggunkan kelebihan media elektronik seperti facebook, blog, instagram, wechat, whatsapp dan lain-lain.

Nama Mohammad Ahmad Hakiim bin Ab. Rahman.
Umur  24 Tahun
Ahli   2019

Latar belakang

En. Hakiim memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bagi mengisi masa terluang. Antara produk jualan beliau ialah roti john, popia sardin, popia telur, murtabak mini ranggup dan lain-lain.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau kurang pengetahuan ICT dan jualan beliau hanya dijalankan secara offline di gerai sahaja. Pelanggan beliau juga terhad kepada orang sekitar sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, beliau sudah dapat mempromosikan jualan beliau secara atas talian dan beliau juga menyediakan perkhidmatan COD kepada pelanggan yang ingin merasa jualan beliau. makin hari jualan beliau semakin dikenali dan berkembang maju. Beliau juga dapat memasarkan produk jualan beliau merentas sempadan tanpa had dengan menggunkan kelebihan media elektronik seperti facebook, blog, instagram, wechat, whatsapp dan lain-lain.

Nama  Lailatul Suhada Binti Abdullah.
Umur  27 Tahun
Ahli   2019

Latar belakang

Cik Lailatul merupakan pelajar lepasan Ijazah. Beliau mula menceburi bidang Usahawan ini bermula sebagai dropship. Keluarga dan sahabat-sahabat beliau banyak memberikan semangat dan menyokong usaha beliau dalam bidang tersebut.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau kurang pengetahuan dalam bidang ICT serta media sosial.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, beliau boleh dikatakan telah mahir dalam bidang ICT seperti cara pemasaran di media sosial, cara menulis copy writing bagi menarik pelanggan walaupun bukan sebagai pembeli, beliau dapat berkongsi nasihat dan pendapat. Disamping itu juga, dapat menambah kenalan dalam perniagaan bagi memangkin semangat untuk terus maju ke depan dan tidak mudah berputus asa. Beliau juga dapat memasarkan produk jualan beliau merentas sempadan tanpa had dengan menggunkan kelebihan media elektronik seperti facebook, blog, instagram, wechat, whatsapp dan lain-lain.

 

Nama  NURUL IZYAN BT MOHD ZIN. 
Umur  16 Tahun
Ahli   2020

Latar belakang

Nurul Izyan merupakan pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Beris Panchor. Beliau mengikuti Kelas Latihan Asas Komputer di Pusat Internet Beris bagi mempelajari microsoft office ( word, excel & powerpoint ). Kini beliau dapat mempraktikkan apa yang dipelajari dalam pembelajaran beliau di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, beliau kurang pengetahuan tentang komputer dan dunia ICT. 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

 Kini, dengan kemahiran komputer yang telah beliau pelajari di Pusat Internet, beliau dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang dunia ICT yang lebih mendalam. Selain itu juga, beliau dapat menyiapkan tugasan sekolah dengan mudah, selesa dan menjimatkan setelah bergelar ahli PI. Banyak kelebihan yang dapat beliau manfaatkan dari perkhidmatan dan kemudahan PI. Beliau juga dapat memberi tunjuk ajar kepada adik-adik dan kawan yang memerlukan bantuan berkaitan komputer. Beliau juga sering memanfaatkan kelebihan beliau bergelar sebagai ahli iaitu dalam peminjaman netbook, penggunaan Komputer yang menjimatkan serta murah dan selesa.
Nama  Mohd Firdaus Bin Mohd Izarkai.
Umur  18 Tahun
Ahli   2016

 

Latar belakang

Firdaus merupakan seorang pelajar lepasan SPM 2018. Beliau anak ke tiga daripa 5 beradik. Beliau mempunyai minat yang tinggi dalam bidang keusahawanan. sementara menunggu keputusan SPM, beliau telah berjinak-jinak dalam bidang tersebut.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau kurang pengetahuan dalam bidang ICT serta media sosial.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, beliau boleh dikatakan telah mahir dalam bidang ICT dan juga pemasaran atas talian. Beliau dapat memasarkan produk jualan beliau secara atas talian keseluruh pelusuk dunia melalui capaian internet. Selain itu, beliau dapat memperbaiki mutu setiap produk beliau melalui testimoni / feedback pelanggan dan beliau juga dapat membuat promosi jualan serta dapat bertemu pelanggan secara atas talian sahaja. Antara media sosial yang biasa gunakan sebagai medium pasaran adalah Facebook, FB Pages, Instagram, Blog dan lain-lain lagi.