Nama Nur Nashirah bt Abd Nasir.
Umur  28 Tahun
Ahli   2019

Latar belakang

Shyra merupakan peniaga online pakaian dan tudung. Beliau mula berjinak-jinak sebagai dropship produk sacara suka-suka bagi mengisi masa lapang. Keluarga dan sahabat beliau banyak memberikan semangat dan dorongan untuk beliau terus bergerak maju dalam bidang tersebut.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau mempunyai asas komputer akan tetapi dalam bidang pemasaran online beliau masih belajar dan belajar lagi untuk mempertingkatkan kemahiran yang sedia ada.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, produk beliau semakin dikenali ramai dan beliau juga sudah mempunyai pelanggan tetap. Selain menjual secara pos, beliau juga meyediakan perkhidmatan COD dengan cas mengikut kawasan. Beliau juga ada mengikuti kelas latihan online seperti photoshoot produk, seo & sem dan lain-lain. Beliau juga dapat memasarkan produk jualan beliau merentas sempadan tanpa had dengan menggunkan kelebihan media elektronik seperti facebook, blog, instagram, wechat, whatsapp dan lain-lain.