Nama  Nurul Akma Raffisah Fairose Binti Mohd Yusri.
Umur  19 Tahun
Ahli   2019

 

Latar belakang

Cik Akma merupakan pelajar yang baru melangkah ke IPTA dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Beliau mula terlibat dengan dunia perniagaan online ini semasa tingkatan 5 bermula dengan dropship. Rakan-rakan beliau juga ramai yang terlibat dengan dropship dan ini banyak memberikan beliau semangat untuk terus berusaha dan berjaya sebagai usahawan di masa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, beliau kurang pengetahuan tentang komputer dan dunia ICT. 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, beliau bukan sahaja berdaftar sebagi ahli Pusat Internet Beris tetapi beliau juga merupakan Sukarelawati Pusat Internet Beris jika terdapat program yang dianjurkan. Beliau juga ada mengikuti Kelas Latihan Asas Komputer, Kelas FB Ads, Kelas Photoshoot Produk & Myshop Dashboard anjuran Pusat Internet Beris. Kini beliau juga menyertai dropship pelbagai produk atas minat yang tinggi dan disamping dapat menjana pendapatan beliau sendiri walaupun beliau masih lagi bergelar seorang pelajar IPTA. Beliau juga dapat mempraktikkan apa yang beliau pelajar dalam perniagaan Online.