Belajar Internet, Menaip & Media Sosial

Nama : Nellysa Nurshafira Binti Md Rusli.
Umur : 20 tahun
Ahli : 2018

Latar Belakang

Beliau adalah anak pertama daripada 5 beradik. Beliau merupakan pelajar lepasan SPM dan kini sedang melanjutkan pengajian di UUM.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau kurang pengetahuan tentang penggunaan komputer dan perkakasan komputer. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau dapat mengajar adik-adiknya cara asas menggunakan komputer atau menaip. Selain itu, beliau juga dapat melakukan carian maklumat di internet dan menyiapkan tugasan-tugasan yangtelah diberikan oleh pensyarah beliau. Dengan kemahiran komputer yang telah beliau pelajari pusat internet, beliau dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan lebih baik. Beliau juga menyertai Kelas Latihan Asas E-Rezeki anjuran Pusat Internet Beris. Latihan ini merupakan platform bagi yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan secara online.

3

________________________________________________________________________________________

Perniagaan Kesihatan & Kecantikkan Online

Nama : Samsuriani Binti Salleh.
Umur : 44 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Pn. Suriani merupakan seorang jururawat yang baru sahaja berkhidmat di Hospital Kota Bharu. Sebelum ini beliau bertugas di Hospital Ampang. Perniagaan online beliau juga baru bermula semenjak beliau mengenali sahabat baru di tempat kerja baru. Produk tersebut adalah keluaran sahabat beliau sendiri dan itu membuatkan beliau berkeyakinan untu mencuba perniagaan tersebut disamping dapat menjana pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai asas komputer akan tetapi tidak mendalam dalam bidang media sosial dan pemasaran memandangkan beliau masih baru dalam bidang perniagaan online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau menyertai beberapa program anjuran Pusat Internet Beris seperti Hari Bersama Komuniti, Myshop dan lain-lain, kemahiran beliau dalam pemasaran online kini makin lebih baik dari sebelum ini. Beliau juga dapa mempromosikan produk jualan beliau tanpa had masa dan jarak melalui media sosial. Selain itu, beliau dapat mempertingkatkan kemahiran ICT secara tidak langsung. Beliau juga telah dapat menghasilkan phamplet produk beliau sendiri dengan hasil tunjuk ajar dan bimbingan staff Pusat Internet. Masyarakat juga makin mengenali produk jualan beliau.

 38834170 2043998159004428 526869569550155776 n

____________________________________________________________________________________________

Perusahaan Jahitan Moden & Tradisional.

Nama : Norazreen Ayu Binti Ab. Aziz.
Umur : 36 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Menjahit merupakan hobi beliau dimasa lapang. Pelanggan utama bermula dikalangan adik beradik dan sanak saudara sahaja. akan tetapi kadang kala mendapat permintaan dari jiran sekitar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perkhidmatan jahitan beliau hanya dikenali oleh jiran sekitar rumah dan orang-orang terdekat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perkhidmatan jahitan beliau makin dikenali selepas mempromosikannya di media sosial. Kini beliau makin terbuka minda dan berminat untuk lebih mendalami lagi bidang tersebut. Selain menerima tempahan, beliau juga ada hasilkan produk ready stok untuk penjualan atas talian. Beliau juga banyak mengikuti kursus-kursus jahitan anjuran NGO dan swasta. Kini beliau juga telah berjaya menghasilkan jenama beliau sendiri " Ayu Collection Tailor". Kursus yang paling beliau berminat adalah kursus anjuran Empower Ecer Cawangan Bachok. Kursus in selama 6 bulan dan akan dipantau secara tidak langsung oleh pihak penganjur. Jadi beliau rasa lebih teratur dan berdisiplin dalam mengembangkan produk beliau. Beliau makin yakin dengan jenama beliau sendiri.

Ayu collection

____________________________________________________________________________________________

Perniagaan Online & Offline

Nama : Hamidah Bt Muhamad
Umur : 35 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Pn. Hamidah ialah seorang pekerja swasta di sebuah syarikat di Kota Bharu. Selain itu beliau juga merupakan peniaga online separuh masa dan suri rumah separuh masa. Beliau seorang wanita yang aktif dan sentiasa mencari peluang untuk menambah pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang pengetahuan tentang komputer dan hanya mengharapkan pendapatan bulanan untuk berbelanja seharian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau menyertai kelas latihan asas komputer di Pusat Internet Beris, pengetahuan dan kemahiran penggunaan komputer beliau semakin baik. Beliau juga dapat menghasilkan akaun media sosial sendiri seperti Facebook, FB Pages, Instagram dan lain-lain. Sekarang juga beliau mula melibatkan diri dalam perniagaan online untuk menjana pendapatan sampingan. Produk jualan beliau juga dapat dipromosikan tanpa had masa dan jarak melalui media sosial. Masyarakat setempat juga makin mengenali produk jualan beliau. Selain itu, Beliau juga mengikuti Kelas Latihan Asas E-Rezeki anjuran Pusat Internet Beris sebagai platform pilihan jika beliau ingin menjana pendapatan sampingan secara atas talian. Platform tersebut adalah dibawah selian MDEC.

 44040614 2043730239004810 1908585893275369472 n

____________________________________________________________________________________________

Perusahaan Makanan Kering (Kerepek)

Nama : Nur Syahida Binti Zakaria.
Umur : 24 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Beliau mula minat menceburi bidang keusahawanan ini apabila sering membantu kedua ibubapa berniaga secara kecil-kecilan. Beliau bermula dari "Zero to Hero" dalam menimba ilmu sebanyak mungkin ilmu perniagaan dari sifu hebat (Ibubapa) serta mengikuti pelbagai kelas-kelas keusahawanan anjuran NGO dan berbayar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Jualan produk secara langsung dan kurang mendapat sambutan dari penduduk luar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau makin dikenali oleh masyarakat setempat dan mendapat sambutan baik dari pelanggan atas talian. Selain itu, beliau dapat mempromosikan produk jualan beliau tanpa had masa dan jarak. Media elektronik memainkan peranan penting dalam proses memperkenalkan produk beliau. Antara produk jualan beliau ialah Kerepek Pisang, Kerepek Ubi, Kerepek Pelbagai perisa, Kerepek Sira, Kerepek Sarang Tebuan / Ros dan pelbagai lagi.

ismie syahida

____________________________________________________________________________________________