Nama  Sarah Shufaat Bt Azman 
Umur  18 Tahun
Ahli   2019

 

Latar belakang

Sarah merupakan pelajar tingkatan 6 di SMK Long Yunus. beliau juga merupakan anka kedua daripada 5 beradik. Beliau adalah pengguna setia di Pusat Internet Beris Kubur Besar. Beliau sering terlibat dengan program anjuran pusat internet sepert Hari Bersama Komuniti, Jom Sihat dan lain-lain. Beliau dan kawan-kawan juga ada mengikuti Kelas Latihan Asas Komputer secara percuma anjuran Pusat Internet Beris.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, beliau kurang pengetahuan tentang komputer dan dunia ICT. 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

 Kini, dengan kemahiran komputer yang telah beliau pelajari di Pusat Internet, beliau dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang dunia ICT yang lebih mendalam. Selain itu juga, beliau dapat menyiapkan tugasan sekolah dengan mudah, selesa dan menjimatkan setelah bergelar ahli PI. Banyak kelebihan yang dapat beliau manfaatkan dari perkhidmatan dan kemudahan PI. Beliau juga dapat memberi tunjuk ajar kepada adik-adik dan kawan yang memerlukan bantuan berkaitan komputer. Beliau juga sering memanfaatkan kelebihan beliau bergelar sebagai ahli iaitu dalam peminjaman netbook, penggunaan Komputer yang menjimatkan serta murah dan selesa.