Nama  Mohd Firdaus Bin Mohd Izarkai.
Umur  18 Tahun
Ahli   2016

 

Latar belakang

Firdaus merupakan seorang pelajar lepasan SPM 2018. Beliau anak ke tiga daripa 5 beradik. Beliau mempunyai minat yang tinggi dalam bidang keusahawanan. sementara menunggu keputusan SPM, beliau telah berjinak-jinak dalam bidang tersebut.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau kurang pengetahuan dalam bidang ICT serta media sosial.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, beliau boleh dikatakan telah mahir dalam bidang ICT dan juga pemasaran atas talian. Beliau dapat memasarkan produk jualan beliau secara atas talian keseluruh pelusuk dunia melalui capaian internet. Selain itu, beliau dapat memperbaiki mutu setiap produk beliau melalui testimoni / feedback pelanggan dan beliau juga dapat membuat promosi jualan serta dapat bertemu pelanggan secara atas talian sahaja. Antara media sosial yang biasa gunakan sebagai medium pasaran adalah Facebook, FB Pages, Instagram, Blog dan lain-lain lagi.