Belajar Internet, Menaip & Media Sosial

Nama : Mohd Arif Bin Safie.
Umur : 28 tahun
Ahli : 2018

Latar Belakang

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau kurang pengetahuan tentang penggunaan komputer dan perkakasan komputer. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai salah seorang ahli di Pusat Internet Beris Kubur Besar, Arif banyak meluangkan masa di PI Beris kerana dapat menggunakan perkhidmatan yang disediakan untuk mencari pekerjaan atas talian, menyediakan resume dan lain-lain. Minda juga lebih terbuka dan berminat untuk menceburi bidang pekerjaan sampingan seperti Kelas Latihan Asas E-Rezeki. Banyak info-info yang berguna dapat beliau aplikasikan sebelum mendapat pekerjaan tetap. Latihan ICT secara teori dan praktikal akan dapat menyakinkan diri beliau untuk terus bergerak maju dalam pekerjaan akan datang.

erezeki

________________________________________________________________________________________

Perusahaan Katering dan Canopy

Nama : Ahmad Nordin Bin Yusof.
Umur : 27 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Beliau menjalankan perniagaan katering dan canopy bermula secara kecil-kecilan bersama keluarga. Perniagaan beliau semakin hari semakin berkembang dan dikenali ramai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hanya dapat mempromosikan perniagaan beliau secara offline sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau makin dikenali oleh masyarakat setempat dan permintaan untuk tempahan juga amat menggalakkan. Beliau bersama team perniagaan Jiedin katering dan canopy akan sentiasa memuaskan hati pelanggan dengan menyediakan servis yang terbaik. Selain itu juga, beliau ada menjalankan perniagaan online Quranic Food Produk Keluaran Olive House. Antara produk bisnes beliau ialah Koko Savanah, Munif Coco dan lain-lain. Manakala bahagian outdoor, beliau menerima tempahan Katering, Nasi Kukus & Nasi Berlauk, Kambing & Biri-Biri Aqiqah dan Sewa Canopy / Sewa Lori. Semakin hari, perniagaan beliau makin bertambah dan berkembang maju. 

JIEDIN

____________________________________________________________________________________________

Perniagaan Online (Kosmetik & Pakaian)

Nama : Najwa Shahira Binti Azman. 
Umur : 20 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Cik Najwa adalah pelajar lepasan sekolah yang sedang menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA. Beliau merupakan anak pertama daripada 7 beradik. disamping membantu ibubapa menguruskan adik-adik dirumah, beliau mengisi masa terluang dengan menjalankan perniagaan online sebagai dropship. Antara produk jualan online beliau ialah kosmetik, pakaian wanita, beg tangan dan kasut sukan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang pengetahuan tentang komputer dan media sosial. Beliau juga kurang keyakinan diri untuk menjana pendapatan atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mandaftar sebagai ahli PI Beris pada tahun 2017, beliau banyak melibatkan diri dengan program anjuran PI seperti Kelas Komputer Intel, Latihan Asas E-Rezeki dan Hari Dashboard. Beliau juga sudah yakin dan boleh memberi tunjuk ajar tentang penggunaan komputer seperti menaip, edit gambar kepada adik-adik serta kawan-kawan sebaya. Beliau juga sudah boleh menyediakan resume untuk permohonan kerja dan membuat permohonan kerja online seperti SPA8, Job Malaysia dan lain-lain.

23559647 529538434077337 257588039288511841 n

___________________________________________________________________________________________

Perusahaan Bakeri

Nama : Norafizah Binti Abd Rahim.
Umur : 37 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau sangat meminati bidang bakeri tetapi dahulu peluang susah. Kini, beliau banyak mengikuti kursus keusahawanan, pertama kalinya anjuran Jabatan Pertanian Kelantan. Kini, beliau sudah memiliki bengkel pembuatan kek dan roti sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Jualan produk secara langsung kurang mendapat sambutan dan hanya dikenali pelanggan sekitar sahaja. Sebelum ini juga beliau kurang pengetahuan tentang komputer dan internet serta penggunaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau dengan PI, beliau banyak mempelajari cara pemasaran atas talian iaitu melalui Instagram, Twitter, Facebook, FB Pages dan Whatsapp. Kemahiran tentang dunia ICT juga makin bertambah baik. Produk jualan beliau juga dapat dipromosikan tanpa had, masa dan jarak melalui media sosial. Kini tempahan produk juga melalui atas talian dan produk beliau sudah dikenali ramai.

ezah2

____________________________________________________________________________________________

Belajar Internet, Menaip & Media Sosial

Nama : Zulkifli Bin Yaacob.
Umur : 25 tahun
Ahli : 2010

Latar Belakang

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau kurang pengetahuan tentang penggunaan komputer dan medial sosial. Beliau juga kurang keyakinan diri apabila berhadapan dengan kawan yang mahir komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai salah seorang ahli di Pusat Internet Beris Kubur Besar, Zulkifli banyak meluangkan masa di PI Beris kerana dapat menggunakan perkhidmatan yang disediakan dengan harga yang murah dan menjimatkan. Beliau juga banyak mengikuti kelas / program anjuran PI seperti Latihan Asas E-Rezeki dan Hari Terbuka Bersama Komuniti.

r Copy

________________________________________________________________________________________