Nama  Nurdini Syafina Binti Ismail. 
Umur  12 Tahun
Ahli   2018

Latar belakang

Adik Nurdini merupakan pelajar lepasan UPSR. Beliau adalah anak pertama daripada 4 beradik. Bagi mengisi masa cuti yang panjang, beliau telah mengikuti kelas komputer anjuran Pusat Internet Beris Kubor Besar bagi mempelajari tentang dunia ICT dan mempersiapkan diri sebelum melangkah ke sekolah menengah. Kemahiran yang dipelajari dapat dipraktikkan beliau dalam memyempurnakan tugasan yang diberikan oleh guru beliau nanti dan disamping itu beliau dapat mengajar adik-adik tentang komputer secara tidak langsung.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, beliau kurang pengetahuan tentang komputer dan dunia ICT. 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

 Kini, dengan kemahiran komputer yang telah beliau pelajari di Pusat Internet, beliau dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang dunia ICT yang lebih mendalam. Selain itu juga, beliau dapat menyiapkan tugasan dengan mudah, selesa dan menjimatkan setelah bergelar ahli PI. Banyak kelebihan yang dapat beliau manfaatkan dari perkhidmatan dan kemudahan PI. Beliau juga dapat memberi tunjuk ajar kepada adik-adik dan kawan yang memerlukan bantuan berkaitan komputer.