Nama  Nur Maizatul Akma Bt Mat Kaerderzy
Umur  18 Tahun
Ahli   2019

Latar belakang

Cik Maizatul merupakan pelajar tingkatan 6. Beliau mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan secara kecil-kecilan semasa tingkatan 5. Antara produk yang paling laris beliau ialah puding cekedut. Beliau menghasilkan produk itu sendiri dan menjualnya kepada rakan-rakan dan jiran sekitar.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, beliau kurang pengetahuan tentang komputer dan dunia ICT. 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, beliau bukan sahaja berdaftar sebagi ahli Pusat Internet Beris tetapi beliau juga merupakan Sukarelawati Pusat Internet Beris jika terdapat program yang dianjurkan. Beliau juga ada mengikuti Kelas Latihan Asas Komputer, Kelas FB Ads, Kelas Photoshoot Produk & Myshop Dashboard anjuran Pusat Internet Beris. Kini beliau juga menyertai dropship Pakaian Online atas minat yang tinggi dan disamping dapat menjana pendapatan beliau sendiri walaupun beliau masih lagi bergelar pelajar tingkatan 6.